window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya?

Mersita · Jan 23, 2021 11:59 AM

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya? 01

Bagi mereka yang rajin cuci kereta sendiri atau saja ternampak garisan hitam dengan bintik-bintik yang mengelilingi cermin / ‘windshield’ kereta mungkin pernah tertanya, apa fungsi garisan berbintik atau dot-dot hitam ini?

Kalau anda nak tahu, pita hitam dan bintik-bintik hitam di cermin hadapan kereta tersebut dipanggil ‘frit’. Ia merupakan pita enamel yang disatukan dengan sisi keliling cermin dan inilah yang membuatkan cermin kereta anda melekat kukuh dengan panel dan bingkai badan kereta anda.

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika cermin kereta anda pecah atau perlu diganti, mekanik akan menggunakan ‘frit’ ini sebagai titik ikatan atau ‘bonding point’ antara cermin tersebut dengan badan kereta.

Bintik-bintik hitam tu untuk apa?

Setiap pita pelekat pasti ada garisannya, bukan? Jika anda gunakan pita pelekat atau ‘selotep’ pada mana-mana permukaan, pasti sepanjang pita pelekat tersebut akan ada garisan sisi yang boleh terkopek. Inilah pula fungsi bintik-bintik hitam tersebut – untuk mengedapkan lagi pita tersebut dengan cermin lutsinar kereta anda supaya ia tampak kemas sambil melindungi pelekat tersebut.

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya? 01

Selain dari itu, bintik-bintik hitam ini juga adalah untuk menyebarkan haba pada cermin bagi mengurangkan herotan optik (‘optical distortion’), juga dikenali sebagai ‘lensing’ pada cermin tersebut.

Ada juga kereta yang didatangkan dengan bintik-bintik ‘visor frit’ yang terletak betul-betul di belakang cermin pandang-belakang kereta anda. Ini adalah untuk menapis pancaran matahari dan menyejukkan cermin tersebut supaya komponen pelekat kereta anda tahan lebih lama.

Bintik-bintik hitam di sekeliling cermin kereta, apa fungsinya? 02

'Visor frit'

Nak lebih banyak info dan tip-tip berguna dari kami? Ikuti WapCar – BM di Facebook untuk dapatkan info dan berita automotif terkini!

Sumber: Says

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda