window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022!

Haris ยท Oct 7, 2021 07:00 PM

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 01

Mazda CX-5 facelift

Mazda Motor Corporation hari ini telah mengumumkan rancangan untuk memperluaskan barisan SUV mulai tahun 2022. Model-model baru itu akan merangkumi Mazda CX-50 yang akan dihasilkan di kilang Amerika Syarikat terbaru, serta beberapa model baharu dalam kumpulan Large Product.

Model-model yang dimaksudkan adalah Mazda CX-60, Mazda CX-70, Mazda CX-80 dan Mazda CX-90, kesemuanya dijadualkan untuk diperkenalkan dalam tempoh dua tahun akan datang - antara tahun 2022 dan 2023.

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 02

Mazda CX-5 facelifted

Mazda mensasarkan untuk menawarkan pelbagai pilihan SUV yang memberikan sensasi pemanduan dan prestasi terkini kepada pelanggan untuk memenuhi permintaan dalam segmen SUV global yang kian berkembang.

Baca: Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 01

Mazda CX-5 faceliftโ€‹โ€‹โ€‹โ€‹

Mazda CX-50 akan menjadi crossover SUV ditambahkan sebagai model teras baru untuk barisan produk dan akan diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Model ini tergolong dalam kumpulan Small Product seperti Mazda 3 dan Mazda CX-30. Pengeluaran Mazda CX-50 akan bermula pada Januari 2022 di kilang usaha sama Mazda-Toyota yang baru iaitu Mazda Toyota Manufacturing, USA, Inc. (MTMUS), yang dibina di Huntsville, Alabama.

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 02

Mazda CX-5 facelift

Hubungan Mazda-Toyota akan dibawa ke satu tahap lagi di mana, antara Mazda CX-50 dan Mazda CX-5, salah satu model ini akan di-rebadge menjadi Toyota Corolla Cross, sementara model lain akan kekal menjadi model Mazda premium, dengan konfigurasi enjin enam silinder sebaris dan pacuan roda belakang.

Terbaru, Mazda 2 hatchback generasi baru akan di-rebadge berdasarkan Toyota Yaris hibrid yang dijual di Eropah.

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 03

Imej dari Carscoops

Dengan julat harga yang luas di atas Mazda CX-50 atau Mazda CX-5 yang ada sekarang, model dari kumpulan Large Product, iaitu, Mazda CX-60, Mazda CX-70, Mazda CX-80 dan Mazda CX-90, akan menawarkan dua jenis badan dengan dua susunan tempat duduk iaitu dua baris atau tiga baris.

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 04

Mazda CX-5 facelift

Pasaran yang mempunyai jalan yang sedikit sempit dan tempat letak kenderaan yang lebih kecil seperti Eropah dan Jepun, pasti akan menyambut baik pengenalan model Mazda CX-60 dua baris penumpang dan Mazda CX-80 dengan tiga baris penumpang.

Sementara itu, Mazda CX-70 dan Mazda CX-90 akan melanda jalanraya di Amerika Utara dan pasaran lain di mana model-model besar lebih digemari. Kedua-dua model ini mempunyai jenis badan lebar, dengan Mazda CX-70 mempunyai dua baris penumpang dan Mazda CX-90 tiga baris penumpang. Model-model ini akan mengembangkan barisan SUV crossover bersaiz pertengahan Mazda.

SUV Mazda yang akan diperkenalkan mulai tahun 2022 dan seterusnya meliputi:

Barisan SUV Mazda
Produk Model Pasaran
Large Product Mazda CX-60 (2 baris) Eropah, Japun, dsb.
Mazda CX-70 (Model lebar, 2 baris) Amerika Utara, dsb.
Mazda CX-80 (3 baris) Eropah, Japun, dsb.
Mazda CX-90 (Model lebar, 3 baris) Amerika Utara, dsb.
Small Product  Mazda CX-50 Amerika Syarikat

Model kumpulan Large Product akan menawarkan pelbagai pilihan tenaga elektrik. Pasaran Eropah terutamanya, di mana trend elektrifikasi kini berleluasa, akan melihat pengenalan model plug-in hybrid (PHEV) dengan enjin petrol 4-silinder sebarins yang akan digabungkan dengan motor elektrik.

Enjin 6-silinder sebaris SkyActiv-X generasi baru dan enjin diesel SkyActiv-D juga akan diperkenalkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV). Tujuannya adalah untuk mencapai prestasi tinggi di samping mencatatkan pengeluaran karbon yang rendah.

Bisnes SUV menguntungkan, Mazda akan tampil dengan 5 model SUV baharu bermula 2022! 05

Mazda CX-5 facelift

Di Amerika Utara yang mementingkan prestasi kuasa, Mazda akan memperkenalkan model enjin 6-silinder sebaris turbocaj dan model PHEV untuk memenuhi keperluan pelanggan serta memenuhi piawaian persekitaran.

Di Jepun, model 6-silinder sebaris diesel Skyactiv-D dengan model 48V MHEV dan PHEV akan diperkenalkan sesuai dengan objektif Jepun.

Baca: Jepun rancang haramkan jualan kenderaan petrol baru menjelang suku kedua 2030

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda