window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla!

Faisal ยท May 5, 2021 12:00 PM

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla! 01

Selepas 2 tahun disekat dari pasaran Amerika, Huawei terpaksa menjual sebahagian daripada bisnes telefon pintar mereka. Disebabkan itu, Huawei Technologies kini nampaknya berminat untuk memasuki bisnes kereta elektrik (EV).

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla! 02

Seres SF5.

Menurut Automotive News, syarikat telekomunikasi yang paling besar di dunia itu kini sedang berbincang dengan Chongqing Sokon industry Group. Untuk maklumat anda, Chongqing Sokon adalah syarikat China yang menyediakan kemudahan pembangunan dan penyelidikan, pemasangan komponen, dan juga penjualan automobil.

Desas-desus kini mengatakan bahawa Huawei berminat untuk menjadi sebahagian daripada unit EV kecil yang ada di dalam syarikat tersebut. Ia dikenali sebagai Chongqing Jinkang New Energy Automobile.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan anda, Huawei mula tunjukkan minat mereka terhadap bisnes ini di Shanghai Auto Show 2021 pada bulan yang lalu. Malah, Huawei Smart Selection SF5 yang dilancarkan oleh syarikat itu telah mendapat perhatian ramai pengunjung.

Juga bacaSyarikat pembuat telefon pintar Huawei memperkenalkan SUV elektrik SERES, boleh jalan 1000 km!

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla! 01

Bahagian dalam Seres SF5.

Bagi anda yang belum tahu, SF5 adalah sebuah produk oleh hasil kerjasama Huawei dan syarikat kereta elektrik Seres. Ia menandakan lembaran pertama Huawei untuk perkenalkan kemudahan automotif yang pintar.

Huawei turut bekerjasama dengan BAIC Group, sebuah syarikat pengeluar kereta China untuk membekalkan “Huawei Inside”, iaitu sistem operasi pintar untuk kenderaan.

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla! 02

Apapun, kerjasama ini tidak membenarkan Huawei untuk menampal logonya di kereta tersebut. Tetapi dengan Chongqing Jingkang, tiada masalah sama sekali. Malah, Huawei juga boleh menetapkan spesifikasi kereta tersebut. Perjanjian di antara Huawei dan Chongqing Sokon Holdings dijangka muktamad seawal Julai ini.

Kalau anda nak tahu, Huawei bukanlah syarikat teknologi pertama yang berminat dengan bisnes EV. Sebelum ini, Xiaomi Corp sendiri menjejakkan kaki ke dalam pasaran EV di China.

Bisnes telefon pintar Huawei terjejas, kini nak bina kereta elektrik macam Tesla! 03

Bayangkan kereta ini dengan logo Huawei.

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda