window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia

Faisal · Mar 1, 2023 03:00 PM

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 01

BMW Thailand nampaknya baru sahaja melancarkan 3 Series G28 2023 facelift (LCI) model jarak roda panjang. Bagi anda yang belum tahu, mereka mengimport BMW 3 Series dari Kulim, Kedah.

Di Thailand, varian yang ditawarkan adalah 320Li M Sport dan 330Li M Sport, masing-masing pada harga 2.759 juta THB (~RM 350k) ke 3.099 juta THB (~RM393k).

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara teknikal, harga yang agak tinggi itu disebabkan oleh matawang Ringgit Malaysia yang lemah kalau ditukar kepada Baht Thailand. Dan untuk Malaysia nanti, harganya akan sedikit meningkat tetapi bukanlah sampai tahap ini.

Juga bacaPenangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 01

Dari segi spesifikasi, varian 320 menggunakan lampu depan jenis LED tapi varian 330 hadir dengan jenis LED adaptif.

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 02

Berakhir ke aspek trenkuasa, kedua-dua varian datang dengan enjin 2.0L turbo (184PS/300 Nm untuk 320 dan 258 PS/400 Nm untuk 330) dan kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 03

Pada bahagian dalam, 320Li dan 330Li LCI ini lengkap dengan infotainment 12.3 inci yang bersambung terus dengan kluster digital 14.9 inci melalui BMW Operating System 8.

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 04

Eksklusif untuk varian 330Li adalah sistem audio Harman Kardon Surround.

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 05

Ciri head-up display, kawalan pelayaran adaptif dan bantuan parkir pula didatangkan secara standard.

BMW 3 Series G28 2023 facelift (LCI) versi jarak roda panjang dilancar di Thailand, CBU dari Malaysia 06

Kembali di negara kita, BMW Malaysia sudah mengesahkan bahawa akan ada dua lagi varian 3 Series facelift yang akan dilancarkan pada bulan Mac iaitu 330 Li dan M340i.

Juga bacaBMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda