window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro

Faisal · Jul 1, 2021 04:30 PM

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 01

BMW Malaysia hari ini mengumumkan bahawa BMW 3 Series G20, khususnya 320i Sport 2021 telah diperbaharui dengan infotainment baru dan kluster instrumen digital.

Sebelum ini, BMW 320i Sport tidak dilengkapkan dengan kluster instrumen digital Live Cockpit Professional seperti yang ada pada 330i dan M340i. Malah, ia hanya datang dengan meter analog sahaja.

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 02

Panel meter terkini pada 320i Sport, anda boleh tak lihat rpm meter yang terbalik macam ini?

Akhirnya, BMW 320i dapat juga panel instrumen digital bersaiz 12.3 inci. Walaupun ia mendatangkan pelbagai fungsi, pemandu tetap perlu membiasakan diri dengan bacaan rpm yang berlawanan dengan arah jam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 01

Meter analog yang diguna selama ini, ringkas tapi cukup mudah untuk difaham.

Sejujurnya, kami tidak berapa gemar dengan pendekatan ini. Malah penyunting kami sendiri tetap kekok walaupun sudah seminggu hidup dengannya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut pedulikan sahaja apa yang dipaparkan pada kluster instrumen tersebut. BMW tidak sepatutnya begini bukan? Bagi kami, kluster instrumen digital yang ada pada pesaing pahitnya, Mercedes-Benz C200 jauh lagi bagus.

Juga bacaMeter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya.

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 02

Infotainment yang diperbaharui pada 320i Sport.

Selain itu, BMW Live Cockpit Professional juga mendatangkan infotainment bersaiz 10.25 inci dengan resolusi 1920x720. Kini, ia berfungsi melalui iDrive Operating System 7.0.

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 03

Infotainment sebelum ini.

Walau bagaimanapun, hanya sokongan Apple CarPlay sahaja yang ada. Bilangan pembesar suara juga kekal pada 6 (varian lebih atas mempunyai 10 pembesar suara).

Sebelum ini, BMW 320i Sport hanya dilengkapkan dengan infotainment bersaiz 8.8 inci dengan resolusi 1280x480.

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 04

BMW 320i G20 2021 Malaysia dikemaskini – naik RM 4k, infotainment 10.25 inci, Live Cockpit Pro 05

Apapun, dua pembaharuan ini turut meningkatkan harga sebanyak RM 4k. Sebagai model CKD yang dikecualikan cukai SST sehingga 31 Disember ini, BMW 320i Sport yang terbaru ini ditawarkan pada harga RM 243.883.65 termasuk Extended Warranty dan Service Package.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda