window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800!

Faisal · Apr 9, 2021 07:30 PM

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 01

BMW Malaysia baru sahaja mempertontonkan BMW 330 Li M Sport 2021 sebentar tadi. Didatangkan buat kali pertama di Malaysia, BMW 3 Series yang lebih panjang ini dipasang (CKD) di Kulim, Kedah.

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 02

Sedan kompak premium versi 'long wheelbase' (LWB) ini ditawarkan dengan varian solo yang bermula dari harga RM 300,800, termasuk pakej servis dan waranti tambahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dimensi – 3 Series 'panjang' (G28) vs 3 Series biasa (G20)

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 01

Julat harga RM 300,800 meletakkan BMW 330 Li M Sport diantara BMW 330i M Sport (RM 293,800 dengan SST) dan BMW 520i (RM 328,800 tanpa SST). Begitu juga dengan ukuran dimensi.

BMW 3 Series (G20) vs LWB (G28)
  G20 G28 
Panjang (mm) 4,709 4,819 (+110)
Lebar (mm) 1,827 1,827 (0)
Tinggi (mm) 1,435 1,441 (+6)
Jarak roda (mm) 2,851 2,961 (+110)

Eksterior - Serupa, cumanya lebih panjang

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 02

Pada bahagian luar, BMW 330 Li M Sport hadir dengan pakej M Aerodynamics dan M Sport yang dapat dilihat pada bampar depan, bampar belakang, ekzos kembar berbentuk trapezoid, dan trim hitam BMW Individual High-Gloss Shadow Line.

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 03

Melengkapi eksterior BMW 330 Li ialah roda 18 inci Style 848 M. Pembeli ditawarkan dengan pilihan warna Mineral White dan Carbon Black.

Interior – lebih ruang untuk bahagian kaki dan kepala

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 04

Masuk sahaja ke dalam, anda disajikan dengan kerusi kulit Vernasca dan papan pemuka Sentatec (kulit sintetik BMW) berwarna Mocha sekali dengan jahitan yang berwarna hitam.

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 05

Sebagai kereta di kelas ini, BMW 330 Li M Sport dilengkapkan dengan kerusi elektronik, bumbung suria panoramik, lampu ambient lighting, dan sistem infotainment 10.25 inci sekali dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 06

Disebabkan ukuran yang lebih panjang dan tinggi, bahagian dalam BMW 330 Li M Sport menyaksikan penambahan ruang kaki sebanyak 42 mm dan kelegaan kepala sebanyak 4 mm.

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 07

Di sebalik stereng kulit M Sport pula terletaknya kluster instrumen digital 12.3 inci yang hadir sekali dengan Head-Up Display (HUD).

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 08

Antara ciri lain yang didatangkan ialah sistem bunyi HiFi dan BMW Comfort Access System.

Trenkuasa - Lebih dari cukup

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 09

BMW 330 Li M Sport dikuasaikan oleh enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 10

Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 6.2 saat.

Ciri keselamatan - ADAS didatangkan secara standard

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 11

BMW 330 Li M Sport didatangkan dengan:

  • Reversing Assistant
  • Cruise control dengan kawalan brek
  • Front collision warning dengan brake intervention (FCW, AEB)
  • Blind spot monitor dengan rear cross traffic alert (BSM, RCTA)
  • Rear collision warning (RCW)
  • Lane change warning (LCW)
  • Cross traffic warning dengan rear collision alert
  • Lane departure warning dengan steering intervention (LDW)
  • Peletak kerusi ISOFIX

BMW 330 Li M Sport (G28) 2021 dipertonton di Malaysia – 3 Series ‘panjang’, bermula RM 300,800! 12

Selain BMW 330 Li M Sport, BMW Malaysia turut melancarkan BMW X3 sDrive 20i 2021 yang dipasang tempatan (CKD).

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda