window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023

Faisal Β· Jan 12, 2023 04:00 PM

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 01

Sewaktu pelancaran BMW 3 Series G20 2023 versi facelift (LCI) berlangsung tempoh hari, BMW Malaysia mengesahkan bahawa dua lagi varian akan diperkenalkan iaitu 330 Li dan M340i.

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 02

Buat masa sekarang, kesemua varian yang ditawarkan adalah dalam bentuk M Sport. Varian 320i dan 330i menggunakan suspensi M Sport pasif manakala 330e hadir dengan suspensi M Sport adaptif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 01

Untuk 330 Li, BMW Malaysia memberi petanda bahawa ia mungkin menggunakan tetapan suspensi yang lebih selesa, sama seperti yang diterapkan pada 330 Li sebelum ini.

Apapun, masih belum dapat dipastikan sama ada 330 Li facelift akan hadir juga dengan kit M Sport atau sebaliknya.

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 02

BMW 330 Li di pasaran India.

Berkenaan trenkuasa, ia dijangka kekal dengan nadi 2.0L turbo B48 yang menghembuskan 258 PS/400 Nm. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 03

Untuk M340i facelift, enjin 3.0L turbo 6 silinder B58 akan diperbaharui dengan sistem hibrid sederhana 48V. Kuasanya sebanyak 374 PS/500 Nm (lebih rendah daripada 387 PS sebelum ini) diuruskan oleh transmisi automatik 8 kelajuan.

Juga bacaRebiu: BMW M340i xDrive – 387 PS, 500 Nm, Toyota GR Supra versi sedan?

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 04

Pada bahagian luar, varian M340i dapat dibezakan melalui gril bercorak β€˜mesh’ dan ekzos berbentuk trapezoid.

BMW 330Li dan M340i model facelift (LCI) bakal dilancarkan di Malaysia pada Mac 2023 05

Buat masa sekarang, BMW 3 Series G20 LCI di Malaysia ditawarkan dengan harga seperti berikut:

  • 320i M Sport - RM 283,800
  • 330e M Sport - RM 298,800
  • 330i M Sport - RM 317,800

Juga bacaPenangan global inflasi & kos pemasangan, harga BMW 3 Series G20 di Malaysia naik RM 26k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda