window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k!

Haris · Jan 15, 2021 01:00 PM

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 01

BMW Malaysia telah membuka tempahan untuk model BMW 4 Series generasi G22 dengan 1 varian sahaja iaitu BMW 430i Coupe M Sport. Harga yang ditawarkan adalah RM 418,800 (harga tanpa jaminan lanjut dan servis percuma).

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 01

Model BMW 430i ini dijana oleh enjin 4-inline berkembar 2.0 liter turbocharged BMW B48 (259 PS / 399 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Karakter pemanduan pula adalah pacuan roda belakang (RWD).

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 01

BMW 430i Coupe M Sport hadir dengan kelengkapan seperti berikut:

  • Tayar 19” M aloi ringan
  • Lampu hadapan LED
  • Kemasan gabungan Fabrik/Sensatec 
  • Parking Assistant
  • Driving Asistant
  • Brek dan sistem suspensi M Sport 
  • Stereng kulit M 
  • Telephony dengan Pengecas Nirwayar

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 02

Sebagai tambahan kepada pakej standard BMW 430i Coupe M Sport, BMW Malaysia juga menawarkan Innovation Package yang berharga RM 36,000. Tambahan yang ditawarkan adalah:

  • Lampu laser BMW 
  • Kemasan kulit Vernasca 
  • Sistem Audio Penuh Harmon Kardon 
  • Connected Package Professional
  • High Beam Assistant
  • Panel Instrumen dengan kemasan Sensatec

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 03

4 warna yang ditawarkan pada BMW 430i Coupe M Sport adalah:

  1. Arctic Race Blue Metallic
  2. Alpine White
  3. Portimao Blue
  4. Black Sapphire

Semalam, Facebook BMW Malaysia telah mengacah model BMW M440i namun jika peminat BMW mahukan enjin 6 silinder pada model 4 Series, pilihan anda adalah model M4 Competition generasi G82.

BMW 4 Series G22 kini dibuka untuk tempahan! 259 PS, 399 Nm, RWD pada harga RM 419k! 04

BMW 430i Coupe M Sport G22 dibuka untuk pra-tempahan di laman web BMW Shop dari sekarang hingga 18-Mac 2021 dengan yuran sebanyak RM 1,000.

Ia hadir dengan jaminan 2 tahun / tanpa had jarak perbatuan. BMW Malaysia turut menawarkan diskaun 11% untuk mereka yang ingin melanjutkan ke 5 tahun / tanpa had jarak perbatuan termasuk pakej servis dengan harga RM 13,120.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW M4 Competition Coupe

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda