window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k!

Haris · Feb 25, 2021 04:00 PM

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 01

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan model coupe sport BMW 430i Coupe M Sport 2021. Model coupe sport ini mendapat perhatian umum disebabkan oleh rekaan semula ‘kidney gril’ BMW yang ikonik ke tahap yang lebih moden.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 02

Dilancarkan bersama BMW X7 CKD

Sebagai sebuah model sport, BMW 430i Coupe M Sport ini dijana oleh enjin 4 silinder 2.0 liter B48 BMW TwinPower Turbo dengan gandingan transmisi 8 kelajuan automatik Steptronic Sport. Kesemua kuasa sebanyak 258 PS / 400 Nm memacu roda belakang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 01

Keseluruhan kuasa ini mampu diterjemahkan dengan lebih mudah melalui ujian pecutan 0-100 km/j yang dapat diselesaikan dalam masa 5.8 saat. Kelajuan maksimum pula mencecah 250 km/j.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 02

Rekaan ‘kidney gril’ yang diperbaharui ditonjolkan dengan lebih moden. Ianya dibingkaikan dengan krom kelabu nipis dengan orientasi menegak 90° dan saiz yang lebih besar memberikan sebuah rekaan yang radikal dan berani berbanding pendahulunya.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 03

Melengkapi rekaan ‘kidney gril’ radikal tersebut adalah BMW 430i Coupe M Sport turut dilengkapi dengan kelengkapan M Sport seperti rim aloi 19 inci jejari berkembar 797 M 2 tona, angkup brek M Sport berwarna biru dan lambang M pada bahagian belakang.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 04

Pakej M Aerodynamics turut ditawarkan iaitu BMW Laserlights dengan ciri bantuan lampu tinggi, lampu kabus LED, dan Garisan Bayang (Shadow Line) BMW Individual berglos tinggi.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 05

Pada bahagian dalam pula, tempat duduk dengan kemasan kulit Vernasca dan panel instrumen diliputi dengan kemasan kulit Sensatec BMW. Ciri-ciri lain termasuk sistem audio keliling Harman Kardon, pengecas nirwayar, kawalan isyarat dan unit paparan pemula HUD.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 06

Panel instrumen BMW Live Cockpit Professional menggunakan meter digital 12.3 inci dengan sistem infotainment skrin sesentuh 10.25 inci BMW Navigation System Professional.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 07

Kelengkapan keselematan pula terdiri daripada Pakej Bantuan Pemandu seperti Amaran Perlanggaran Depan dengan Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan Lane Departure Warning. Terdapat juga Parking Assistant Plus dengan kamera pandangan di sekeliling.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 08

4 warna yang dapat diperolehi dengan model BMW 430i Coupe M Sport ialah Arctic Race Blue Metallic, Portimao Blue, Alpine White dan Black Sapphire.

BMW 430i Coupe M Sport 2021 (G22) dilancarkan di Malaysia - 258 PS, 400 Nm, harga RM 455k! 09

BMW 430i Coupe M Sport ditawarkan pada harga RM 454,800 dengan pengalaman pemilikan premium BMW iaitu jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, Servis Berjadual Percuma, Bantuan Tepi Jalan dan pelbagai lagi.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW M4 Competition Coupe

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda