window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'?

Faisal · Nov 28, 2020 12:00 PM

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 01

Pada tempoh hari, kami menceritakan tentang sebuah kereta mewah eksekutif iaitu Mercedes-Benz E-Class. Namun begitu, sesetengah daripada anda mungkin berpendapat bahawa rekaannya bukan untuk citarasa ramai. Oleh itu, mari kita kupas mengenai saingannya di dalam generasi yang sama iaitu BMW 5 Series F10.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 02

Untuk maklumat anda, BMW 5 Series adalah antara kereta yang cukup disegani di dalam industri automotif. Malah sesetengah pihak berpendapat bahawa ia adalah sedan yang terbaik kerana ia tidak mempunyai sebarang kompromi. Baik pengendalian, keselesaan, kemewahan, dan juga karisma, BMW 5 Series memberikan keseimbangan di dalam satu pakej yang cukup rapi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 01

Secara teknikal, BMW 7 Series merupakan anak sulung buat jenama BMW. Walau bagaimanapun, BMW 5 Series sering dianggap sebagai model yang terbaik kerana ia kelihatan begitu yakin dalam menampilkan kebolehan yang pelbagai di dalam satu pakej yang ideal.

Dengan generasi F10 yang kini boleh dimiliki serendah RM 114,000, adakah ia berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihati aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 02

Secara umumnya, 5 Series F10 mempunyai jangka hayat yang agak baik untuk sebuah kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang permasalahan. Kami telah merujuk Encik Lai dari M Dynamic di Ara Damansara untuk mengetahui isu umum mengenai BMW 5 Series F10.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 03

Imej: RepairEcu

Antara isu yang sering dihadapi oleh pemilik ialah kegagalan ECU pada enjin 6-silinder aspirasi natural sewaktu awal pengeluaran generasi ini. Perkara ini menyebabkan kereta gagal berfungsi. Anggaran kos untuk membaiki isu ini adalah sekitar RM 3500.

Untuk enjin turbo (N20) yang lebih baru pula, hos intake boleh mengalami kebocoran. Anggaran kos untuk menukarnya adalah sekitar RM 500.

Bercakap mengenai enjin, masalah timing chain sprocket boleh berlaku dimana enjin boleh kehilangan kuasa dan sukar untuk dihidupkan. Pada masa yang sama, bunyi geseran yang kasar boleh terhasil. Anggaran kos untuk menukar komponen ini sekali dengan pam minyak (oil pump) adalah sekitar RM 2500.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 04

Imej: bimmerfest

Untuk kereta yang menjangkaui perbatuan 100,000 km ke atas, kegagalan pada pam air (water pump) juga boleh terjadi dimana ia boleh menjejaskan sistem penyejukan enjin. Anggaran kos untuk mengganti komponen ini adalah sekitar RM 2000.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 05

Imej: bimmerpost

Seperti kereta buatan Jerman yang lain, kegagalan pada pengesan kelajuan roda (wheel speed sensor) boleh berlaku dimana ia boleh menganggu sistem kecekapan brek dan kawalan kestabilan kenderaan. Anggaran kos untuk menukar pengesan ini adalah sekitar RM 350 untuk satu roda.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 06

Imej: team-bhp

Selain itu, 5 series F10 sinonim dengan isu kebocoran air hujan di bahagian firewall (bahagian di antara enjin dan kabin). Perkara ini mengakibatkan kebasahan pada karpet kabin. Anggaran kos untuk menukar plastik pelindung di bahagian firewall ini adalah sekitar RM 650.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 07

Imej: xbimmers

Pemilik 5 Series F10 juga sering melaporkan masalah kegagalan brek parkir (parking brake). Perkara ini berlaku disebabkan oleh motor yang gagal berfungsi. Anggaran kos untuk menukar motor yang baru adalah sekitar RM 1500.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 08

Imej: BMWClubMalaysia

Mengenai penyakit BMW dalam era ini, bahan yang digunakan pada pemegang pintu di bahagian interior boleh cair dan rapuh. Anggaran kos untuk menukarnya pula adalah sekitar RM 550.

Bagaimana pula dengan kos servis?

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 09

Imej: theworkshop

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa berharga sekitar RM 450 hingga ke RM 550. Servis kotak gearbox pula berada dalam lingkungan RM1000. Bercakap mengenai gearbox, ia sebenarnya masih perlu diservis walaupun menggunakan minyak transmisi sepanjang hayat (lifetime transmission oil).

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 10

Imej: BavarianMotorsport

Untuk servis penyaman udara, ia masih sama seperti kereta buatan Jepun dimana ia berharga sekitar RM 250. Begitu juga dengan kos penukaran spark plug dimana ia berharga lebih kurang RM 80 untuk sebatang. Kos penukaran pad brek (brake pad) sekali dengan pengesan kehausan pula adalah sekitar RM400 untuk hadapan dan RM 300 untuk belakang.

Model tahun manakah paling baik?

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 11

Perubahan kecil pada model facelift boleh dilihat pada grafik lampu dan gril yang lebih moden

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift (Life Cycle Impulse) dimana ia dikeluarkan sebagai model tahun 2014 dan ke atas.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 12

Model facelift yang hadir dengan kluster instrumen digital serta sentuhan krom pada skrin infotainment 

Menjadi model facelift juga, kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

Tinjauan pasaran terpakai

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 13

Berdasarkan pasaran terkini, model tahun 2014 dan ke atas agak berbaloi sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Untuk maklumat anda, BMW 520i tahun 2014 boleh dimiliki serendah RM 114,000. Dengan 184 PS dan 270 Nm tork, varian ini mempunyai prestasi dan kelengkapan mewah yang mencukupi.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 14

Sekiranya anda mahukan lebih kuasa, paparan Heads-Up Display, dan sistem bunyi Harmon Kardon, BMW 528i M Sport tahun 2014 boleh dimiliki serendah RM 131,000. Varian yang mempunyai 245 PS dan 350 Nm tork ini mewakili sebuah 5 Series yang lengkap.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 15

Pada masa yang sama, BMW 520d tahun 2015 sesuai untuk anda yang mahukan penjimatan minyak dan sensasi tork diesel sebanyak 400 Nm. Sekiranya anda berminat, varian ini boleh dimiliki serendah RM 108,000. Menariknya, enjin diesel pada varian ini mempunyai jangka hayat yang sangat baik sehingga boleh mencecah 350,000 km tanpa isu yang besar.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penurunan harga tahunan
520i (2014) RM 368,800 ~RM 114,000 11.5%
528i (2014) RM 419,800 ~RM 108,000 12.4%
520d (2015) RM 354,800 ~RM 131,500 12.6%

Walau bagaimanapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 16

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 17

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir.

Konklusi

BMW 5 Series F10 - kini serendah RM 114k, baloi angkat 'second hand'? 18

Walaupun berada pada generasi terdahulu, BMW 5 Series F10 masih kelihatan baru kerana generasi sekarang iaitu G30 kelihatan hampir sama. Malah sesentengah pihak berpendapat bahawa eksterior dan interior generasi F10 lebih berkarisma berbanding generasi sekarang.

Ditambah pula dengan harga yang kini jauh lebih murah, ia boleh menjadi pembelian yang berbaloi untuk mereka yang ingin menikmati salah satu daripada kereta yang terbaik di dalam industri tanpa perlu berbelanja besar.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda