BMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 diacah di Malaysia – varian 520i bakal digugurkan?
Faisal · Mar 22, 2021 01:00 PM
Laman Facebook dan Instagram rasmi BMW Malaysia baru sahaja memuat naik sebuah iklan mengenai BMW 5 Series facelift (LCI). Nampaknya, sedan eksekutif ini akan dilancarkan tidak lama lagi.
Iklan tersebut memperlihatkan bahagian sisi belakang dan depan kenderaan beserta dengan slogan “Make way for change” yang mana ia bermaksud “beri laluan untuk perubahan”.
Pada masa yang sama, BMW Malaysia telah sediakan lampiran pendaftaran untuk model facelift ini di kedai dalam talian untuk mereka yang berminat. Menariknya, hanya 2 varian sahaja yang disenaraikan, iaitu 530i M Sport dan 530e M Sport.
Untuk maklumat anda, BMW 5 Series G30 pra-facelift ditawarkan dengan 3 varian. Selain kedua-dua varian yang disebutkan, terdapat juga varian 520i Luxury sebagai spec permulaan. Dengan senarai yang diberi, mungkinkah varian tersebut digugurkan untuk memberi laluan kepada BMW 330Li?
Tahun lepas, sedan eksekutif yang ikonik ini membuat debut global dengan visual yang lebih kemas dan moden. Ia juga diperbaharui dengan skrin infotainment yang bersaiz 12.3 inci (10.25 inci pada model pra-facelift).
Untuk model facelift, enjin siri-B yang sama dijangka hadir memandang ia masih baru. Begitu juga dengan transmisi 8 kelajuan ZF yang sering dipuji selama ini.
BMW 5 Series facelift spec Thailand.
Awal tahun ini, BMW Thailand telah melancarkannya dengan 3 varian, iaitu 520d M Sport, 530e Elite, dan 530e M Sport. Di sana, model facelift ini bermula dari harga THB 2.999 juta (RM 399,340).
BMW 5 Series G30 pra-facelift di Malaysia.
Buat masa ini, BMW 5 Series pra-facelift di Malaysia ditawarkan dengan harga seperti berikut:
Apapun, model facelift dijangka berharga lebih kurang dengan harga model sekarang. Jadi, adakah anda akan pilih BMW 5 Series G30 LCI atau tunggu Mercedes-Benz E-Class W213 facelift?
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen