window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi?

Faisal · Jan 30, 2021 04:00 PM

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 01

Sedan eksekutif seperti BMW 5 Series, Mercedes-Benz E-Class, dan Volvo S90 telah menerima kemaskini pada tahun lepas. Ketiga-tiga model facelift ni dikhabarkan tiba di Malaysia pada tahun ini. Tetapi sebelum itu, mari kita imbau kembali perbezaan buat ketiga-tiga saingan ini supaya lebih mudah untuk anda memilih diantara mereka.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 02

Bagi anda yang belum tahu, BMW 5 Series G30 didatangkan dengan varian:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 520i Luxury – RM 318,589
  • 530e M Sport – RM 333,692
  • 530i M Sport – RM 372,061

Harga yang tertera adalah tanpa insurans, dengan pengecualian cukai SST dan waranti tambahan + pakej servis percuma. Sah sehingga Jun 2021.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 01

Mercedes-Benz E-Class juga hadir dengan 3 varian:

  • E200 SportStyle Avantgarde – RM 318,270
  • E300 Exclusive – RM 367,062
  • E350 AMG Line – RM 384,523

Harga yang tertera adalah tanpa insurans, dengan pengecualian cukai SST. Sah sehingga Jun 2021.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 02

Seperti mereka, Volvo S90 turut didatangkan dengan 3 varian:

  • S90 T5 – RM 320,194
  • S90 T8 Inscription – RM 350,234
  • S90 T8 Inscription Plus – RM 369,484

Harga yang tertera adalah tanpa insurans, dengan pengecualian cukai SST. Sah sehingga Jun 2021.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 03

Untuk kali ini, kami membandingkan varian teratas – Volvo S90 T8 Inscription Plus, Mercedes-Benz E350 AMG Line dan BMW 530e M Sport (memandangkan S90 T8 ialah sebuah hibrid).

Tren kuasa

Perbandingan
  BMW 530e Volvo S90 T8 Mercedes-Benz E350
Enjin 2.0L 4 silinder 2.0L 4 silinder 2.0L 4 silinder
Induksi Turbo Turbo & supercharger Turbo
Motor elektrik 113PS/265 Nm tork 87 PS/240 Nm tork 14 PS/150 Nm tork (ISG)
Kapasiti 1,998 cc 1,969 cc 1,991 cc
Transmisi Automatik 8 kelajuan Automatik 8 kelajuan Automatik 9 kelajuan
Pacuan roda Belakang Semua Belakang
Output penuh 252 PS 407 PS 299 PS
Tork penuh 420 Nm  640 Nm 400 Nm

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 04

BMW 530e dikuasai oleh enjin 2.0L turbo yang dibantu oleh motor elektrik untuk menghasilkan output gabungan sebanyak 252 PS/420 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan. Jarak pemanduan elektrik yang rasmi ialah sejauh 48 km. Pecutan 0-100 km/j yang rasmi pula mengambil masa selama 6.1 saat.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 05

Beralih ke Mercedes-Benz E350, ia menggunakan tren kuasa hibrid sederhana melalui enjin 2.0L turbo dan teknologi 48V Integrated Starter Generator (ISG). Dengan itu, ia menghasilkan output sebanyak 299 PS/400 Nm tork. Sistem ISG ini juga mampu menghembuskan kuasa tambahan sementara sebanyak 14 PS/150 Nm tork sehingga 2,500 rpm.

Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 9 kelajuan. Pecutan 0-100 km/j yang rasmi pula mengambil masa selama 5.9 saat.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 06

Mengenai Volvo S90 T8, enjin 2.0L yang didatangkan mempunyai supercharger dan turbocharger sekaligus untuk menghasilkan output ke roda depan sebanyak 320 PS/400 Nm tork. Roda belakang pula dipacu oleh motor elektrik yang mempunyai 87 PS/240 Nm tork. Maka itu, output gabungan buat Volvo S90 T8 yang berpacuan semua roda ini adalah sebanyak 407 PS/604 Nm tork.

Kuasa sebanyak ini diuruskan oleh transmisi automatik 8 kelajuan. Dari segi jarak pemanduan elektrik yang rasmi, ia boleh pergi sejauh 50 km. Pecutan 0-100 km/j yang disahkan pula mengambil masa selama 4.8 saat.

Eksterior

Perbandingan dimensi & berat
  BMW 530e Volvo S90 T8 Mercedes-Benz E350
Panjang 4,936 mm 4,963 mm 4,923 mm
Lebar 1,868 mm 1,879 mm 1,852 mm
Tinggi 1,483 mm 1,443 mm 1,468 mm
Jarak roda 2,975 mm 2,941 mm 2,939 mm
Saiz tayar 245/40 R19, 275/35 R 19 255/40 R19 245/40 R19, 275/35 R 19
Berat 1,845 kg 2,069 kg 1,605 kg

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 07

Ketiga-tiga saingan ini mempunyai dimensi yang hampir sama tetapi Volvo S90 sebenarnya lebih panjang dan lebih lebar. Jarak roda yang paling panjang pula jatuh kepada BMW 530e.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 08

Dengan 2,069 kg, Volvo S90 T8 adalah yang paling berat di saingan ini. Sebagai sebuah PHEV, BMW 530e dan Volvo S90 T8 ternyata lebih berat daripada Mercedes-Benz E350.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 09

Ketiga-tiga saingan ini mempunyai roda bersaiz 19 inci. Volvo S90 T8 menggunakan roda yang bersaiz 225/40 R19. BMW 530e dan Mercedes-Benz E350 pula menggunakan saiz 245/40 R19 di depan dan 275/35 R19 di belakang.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 10

Mereka bertiga turut menggunakan suspensi adaptif. Unik buat Volvo S90 T8 ialah suspensi udara di belakang.

Interior

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 11

Dari segi kabin, Volvo S90 T8 Inscription Plus hadir dengan kerusi kulit Nappa. Malah papan pemuka dan panel pintu turut dikemas dengan bahan kulit. Trim kayu, krom, dan gloss black pula membantu untuk menyerikan suasana kabin. Menariknya, ia didatangkan dengan tombol gear kristal.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 12

Dari segi audio, ia menggunakan sistem bunyi 19 pembesar suara Bowers & Wilkins dengan 1400 watt. Sistem ini dinilai sebagai yang terbaik oleh kami. Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto turut ditawarkan.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 13

Beralih ke kabin Mercedes-Benz E350, ia hadir dengan kerusi kulit Nappa, trim krom, bumbung suria panoramik, sistem bunyi 13 pembesar suara Burmester dengan 590 watt, dan pengecas tanpa wayar. Sistem infotainment COMAND Online juga mempunyai sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 14

Mengenai kabin BMW 530e M Sport, kerusi kulit hitam, trim krom, silver dan gloss black menghasilkan suasana yang lebih serius. Kabin ini menawarkan ciri penyaman udara automatik 4-zon (2-zon pada S90 dan 3-zon pada E350) dan sistem bunyi HiFi 12 pembesar suara dengan 205 watt. Sokongan Apple CarPlay juga didatangkan tetapi sebagai langganan.

SIstem bantuan keselamatan pemandu

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 15

BMW 530e M Sport hadir dengan Driving Assistant Package yang merangkumi AEB, LDW, RCTA, dan BSM. Tetapi, ciri kawalan pelayaran adaptif dan Low-speed Follow tidak ditawarkan. Namun demikian, terdapat ciri Parking Assistant untuk membantu anda meletakkan kenderaan.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 16

Beralih ke Mercedes-Benz E350 AMG Line, ia mempunyai ciri keselamatan seperti kamera 360-darjah, Active Parking Assist, dan Driving Assistance Package. Pakej ini merangkumi AEB, LKA, BSM, dan Pilot Distance Distronic (kawalan pelayaran adaptif dengan fungsi Stop & Go). Melalui pakej ini, E350 diiktiraf sebagai pemanduan automatik tahap 2.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 17

Volvo S90 T8 Inscription Plus pula dilengkapi dengan ciri IntelliSafe yang merangkumi AEB, LKA, CTA, BLIS, Oncoming Lane Mitigation, dan Run-off road Mitigation.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 18

Selain itu, ia turut didatangkan dengan Pilot Assist. Teknologi ini boleh mengawal stereng dan pemanduan automatik tahap 2 daripada 0 ke 139 km/j. Di samping itu, terdapat ciri kamera 360-darjah dan Park Assist Pilot untuk membantu anda meletakkan kenderaan.

Konklusi

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 19

Walaupun Mercedes-Benz E350 AMG Line paling mahal, ia menawarkan ciri yang paling banyak di saingan ini.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 20

Sebagai saingan yang berharga paling rendah, BMW 530e M Sport tidak didatangkan dengan sistem audio premium, kerusi kulit yang lembut mahupun kawalan pelayaran adaptif seperti saingan yang lain.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 21

Secara keseluruhan, Volvo S90 T8 Inscription Plus menawarkan nilai yang paling baik. Ia mempunyai tren kuasa yang paling laju untuk pecutan 0-100 km/j, kabin yang premium, sistem audio yang terbaik, dan sistem bantuan pemandu ADAS yang penuh.

BMW 5 Series vs Mercedes-Benz E-Class vs Volvo S90 – mana paling berbaloi? 22

Walau apapun, ini hanyalah perbandingan dari segi spesifikasi. Pengalaman pemanduan dan keselesaan boleh mengubah hati anda. Untuk itu, kami mencadangkan anda supaya menguji-pandu ketiga-tiga saingan ini untuk keputusan pembelian yang terbaik.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda