BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight!

Faisal · May 28, 2021 01:00 PM

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 01

BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW 630i GT M Sport facelift (LCI) 2021 sebentar tadi. Keluaran terbaru buat fastback premium bersaiz eksekutif ini kekal dengan varian 630i GT M Sport. Ia ditawarkan dengan harga RM 430,800 (harga CKD atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST).

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 02

Sebelum pengecualian cukai SST tamat pada 30 Jun ini, julat harganya ditawarkan pada RM 417,659.

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 01

Seperti sebelum ini, BMW 6 Series GT kekal dengan pakej eksterior M Sport serta trim hitam kilat Shadow Line.

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 02

Tetapi apa yang baru pada keluaran kali ini ialah lampu depan BMW Laserlight, gril Kidney yang lebih terkini, dan rim dwi-tona 20 inci gaya 817 M.

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 03

Pada bahagian dalam pula, 6 Series GT diperbaharui dengan skrin infotainment bersaiz 12.3 inci (dinaik taraf daripada 10.25 inci).

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 04

Satu lagi ciri unik yang ada pada 6 Series GT facelift ialah kamera 360-darjah.

BMW 630i GT M Sport G32 facelift (LCI) 2021 dilancarkan – dari RM 417k, lampu Laserlight! 05

Dari segi trenkuasa, fastback yang seksi ini kekal dengan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 258 PS dan 400 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Mereka yang berminat boleh layari platform BMW's Shop Online bermula esok.

Juga bacaBMW 5 Series G30 facelift (LCI) 2021 dilancarkan - 530e & 530i, Laserlight, bermula RM 334k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW 6 Series GT 630i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru