![BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm 01]()
BMW Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan 7 Series generasi G70 ke pasaran kita. Sedan mercu BMW yang baharu ini ditawarkan melalui varian 750e Pure Excellence dan 750e M Sport, masing-masing pada harga RM 649,800 dan RM 700,000 (harga di atas jalan, CKD Kulim, tanpa insurans, termasuk pakej servis dan waranti lanjutan 5 tahun tanpa had perbatuan).
![BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm 02]()
Kalau anda nak tahu, 740Le M Sport yang lalu dijual pada RM 634k, sekaligus menyaksikan peningkatan sebanyak RM 16k buat model baharu ini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Secara amnya, ia dikuasakan oleh enjin 3.0L turbo 6-slinder sebaris (B58) yang dibantu oleh motor elektrik untuk menghasilkan 489 PS dan 700 Nm tork. Motor tersebut dijana oleh bateri berkapasiti 22.1 kWj.
![BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm 01]()
Kuasa dihantar ke semua roda (xDrive) melalui transmisi automatik 8 kelajuan. Selain kelajuan yang dihadkan pada 250 km/j, pecutan 0 - 100 km/j mengambil masa sepantas 4.8 saat.
Masuk ke bahagian dalam, kabin limosin ini didominasikan oleh skrin lengkung BMW Curved Display yang merangkumi kluster digital 12.3 inci dan infotainment 14.9 inci. Head-Up Display (HUD) juga dilengkapkan sekali. Penyaman udara 4-zon juga didatangkan secara standard.
![BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm 02]()
Secara amnya, varian M Sport menggunakan trim kayu kilat, manakala varian Pure Excellence dengan trim kayu oak.
![BMW 7 Series 2023 CKD generasi G70 dilancar di Malaysia - dari RM 650k, PHEV, 489 PS/700 Nm 03]()
Antara ciri yang ada termasuklah bumbung suria panoramik Sky Lounge berperlindungan UV tetapi apa yang unik buat varian M Sport adalah BMW Theatre Screen 8K bersaiz 31.3 inci sekali dengan audio Bowers & Wilkins.
Dari segi keselamatan, varian M Sport hadir dengan ADAS Driving Assistant Plus, manakala varian Pure Excellence menggunakan jenis Professional dan secara amnya, terdapat ciri bantuan parkir autonomi Parking Assistant Plus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });