window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan

Haris · Jul 7, 2020 12:00 PM

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 01

BMW baru sahaja mengumumkan beberapa ciri-ciri baru untuk sistem operasi kereta yang dinamakan Operating System 7. Antara ciri-ciri menarik tersebut adalah menggunakan iPhone untuk membuka kunci kereta.

Selain daripada itu, BMW turut bercadang untuk mengenakan caj langganan ke atas ciri-ciri tambahan tersebut.

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Langkah ini agak memeranjatkan, apabila mengambil kira harga sebuah BMW berada pada lingkungan kereta mewah. Pembeli pastinya menjangkakan kesemua ciri-ciri tersebut datang dengan tanda harga yang tinggi namun lain pula dengan cadangan pihak pengurusan BMW.

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 01

Ciri-ciri seperti Advanced Driver Assistance System (ADAS), bunyi tambahan ekzos sport, sistem suspensi M adaptif dan pemanas stereng (untuk negara sejuk) dirancang untuk dikenakan caj langganan.

Caj langganan tersebut boleh dibayar dalam lingkungan 3 bulan ke 1 tahun.

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 02

BMW turut memberi jaminan bahawa caj langganan masih boleh dikenakan ke atas pemilik kedua selepas pemilik asal menjual kereta tersebut.

Alasan BMW pula ialah BMW ingin mengurangkan harga asas keretanya dengan mengurangkan ciri-ciri yang didatangkan, sekaligus memberi pilihan caj langganan ke atas kesemua ciri tersebut.

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 03

Sementara itu di Malaysia, BMW pernah cuba mengambil langkah yang sama iaitu dengan mengenakan caj langganan untuk fungsi Apple CarPlay namun membatalkan semula langkah tersebut sekitar tahun lepas.

BMW cadang kenakan caj langganan untuk ciri tambahan 04

Berdasarkan kajian, kebanyakan pengguna kini sudah terbiasa dengan caj langganan seperti Spotify, Netflix, Astro dan sebagainya. BMW hanya mengikut jejak langkah Tesla yang mengenakan caj untuk menaik taraf sesebuah fungsi.

Lebih penting lagi, adakah anda setuju dengan langkah yang sedang dirancang oleh BMW ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda