window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k!

Khairil · Dec 5, 2022 12:00 PM

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 01

BMW Motorrad memperkenalkan penawarannya dalam segmen 'hijau', BMW CE04 tahun lalu dan skuter elektrik futuristik itu, baru-baru ini sudah pun mendarat di pasaran negara jiran, Thailand.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 02

Dilancarkan sempena Thailand Motor Expo 2022, hanya satu varian dan pilihan warna tunggal ditawarkan oleh BMW Motorrad Thailand untuk BMW CE04 ini iaitu Avantgarde Style bersama harga jualan yang agak 'seram' iaitu 859,000 baht (RM 108,535).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 01

Begitupun dengan harga itu, tempoh jaminan yang diperoleh adalah selama lima tahun selain servis percuma.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 02

Sebagai info, BMW CE04 bukanlah penawaran pertama BMW Motorrad dalam segmen skuter elektrik dan ia dihasilkan bagi menggantikan model C Evolution.

Tetapi, BMW Motorrad berharap motosikal ini berupaya menjadi pencetus evolusi terhadap skuter elektrik terutama menerusi reka bentuk yang unik atau mungkin pelik selain teknologi yang dipadankan.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 03

Mengulas spesfikasi trenkuasa, skuter ini menggunakan motor elektrik 31 kW dengan kuasa bateri lithium-ion berkuasa 8.9 kWh yang menyaksikan kuasanya setaraf 42 Hp dan tork 62 Nm, dipacu tali sawat.

Justeru, ia mampu mencapai kelajuan 0-50 km/j dalam masa 2.6 saat dengan kelajuan maksimum 120 km/j. Dengan pengecasan penuh, BMW Motorrad mendakwa BMW CE04 boleh mencapai jarak tunggangan 130 km (mengikut cara tunggangan).

Juga baca: BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 04

Sistem pengecas yang ditawarkan adalah dua iaitu menggunakan soket pengecas domestik sebagai standard selain pengecas pantas seperti yang ada di stesen penyecas awam. Untuk pengecas standard, masa yang diambil untuk pengecas penuh adalah 4 jam 20 minit.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 05

Tetapi jika menggunakan pengecas pantas, masa yang diambil dikurangkan kepada 1 jam 40 minit. Jika kuasa bateri berada pada tahap 20 peratus, masa yang diambil untuk mencapai 80 peratus hanyalah 45 minit.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 06

Ada tiga mod tunggangan tersedia iaitu Eco, Rain dan Road selain satu lagi mod iaitu Dynamic bagi mendapatkan respon terotel yang lebih baik. Seperti skuter moden lain,  BMW CE04 memiliki sistem Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan Kawalan Traksi.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 07

Di bahagian suspensi, sistem yang digunakan adalah fork teleskopik bersama penyerap hentak tunggal (belakang) bersama lengan ayun tunggal. Sistem suspensi yang digunakan lengkap dengan ciri pelarasan.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 08

Di bahagian brek, BMW CE04 menggunakan brek cakera berkembar (depan) manakala brek cakera tunggal (belakang) dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan sistem ABS Pro datang sebagai pilihan.

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 09

Set roda yang digunakan adalah 120/70-15 (depan) dan 160/60-15 (belakang) manakala ruang simpanan bawah palana yang besar dan mampu memuatkan sebuah helmet 'full-face'.

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

BMW CE04 (2022) tiba di Thailand, varian tunggal, harga 'padu' RM 108k! 10

Ciri-ciri lain adalah seperti panel meter TFT bersaiz 10.25 inci yang lengkap dengan sambungan ke telefon pintar dan sistem navigasi serta sistem lampu LED penuh. Teknologi 'Adaptive Headlight Pro' ada namun ditawarkan sebagai pilihan.


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda