window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW cuba rempuh RELA di laluan sehala. Pemandu BMW minta maaf, laporan ditarik balik

Mersita ยท May 7, 2021 02:00 PM

BMW cuba rempuh RELA di laluan sehala. Pemandu BMW minta maaf, laporan ditarik balik 01

Satu rakaman video menunjukkan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) cuba dirempuh oleh sebuah BMW 1 Series di hadapan SMK Kota Kemuning telah tular di media sosial baru-baru ini. Insiden ini dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian pada sekitar 5.20 pm pada Rabu lalu.

Kosmo melaporkan yang anggota Rela berkenaan berniat murni dalam usaha beliau untuk menghalang kereta BMW berkenaan di laluan tersebut kerana ia telah diubah menjadi laluan sehala ketika waktu puncak di bawah arahan pengetua sekolah berkenaan. Ini adalah bagi memastikan trafik berjalan lancar serta memudahkan proses mengambil kanak-kanak pulang dari sekolah dengan selamat dan tertib.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata anggota Rela berkenaan telahpun membuat laporan polis da kedua-dua belah pihak telahpun dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Namun, laporan polis tersebut telahpun ditarik balik setelah pemandu lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta BMW itu telah memohon maaf kepada anggota Rela berkenaan. Baharudin menegaskan kedua-dua pihak telah berdamai dan tidak mahu perkara itu dipanjangkan.

Di dalam rakaman video di atas, saksi kejadian didengari mengutuk perlakuan pemandu BMW berkenaan kerana mengakibatkan kecederaan pada kaki pegawai Rela terbabit. Reaksi warganet di media sosial meluahkan kekesalan mereka atas kelakuan tidak bertimbang rasa pemandu kereta mewah berkenaan.

Sumber berita: Kosmo

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda