window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli?

Faisal Β· Sep 11, 2021 08:00 PM

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 01

Bagi anda yang belum tahu, BMW 3 Series merupakan idaman kalbu buat setiap peminat kereta. Malah untuk mereka yang tidak pernah faham akan makna hubungan peribadi dengan kereta sekalipun pasti tahu bahawa 3 Series bukanlah jentera sembarangan.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 02

Dalam banyak-banyak model, 3 Series generasi E36 telah memperlihatkan pembaharuan yang paling drastik yang mana ia beralih kepada unsur eksekutif dengan begitu ketara berbanding generasi sebelumnya (E30). Antaranya seperti elemen reka bentuk yang baru dan ruang kabin yang jauh lebih selesa dan luas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 01

Malah, teknologi yang diterapkan juga lebih canggih berbanding generasi-generasi sebelumnya. Antara faktor 'wow' yang sering digembar-gemburkan sewaktu zamannya adalah reka bentuk berunsur aerodinamik dan ujian angin dalam terowong.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 02

Dengan harga kini yang serendah RM 8k sahaja, adakah ini peluang anda untuk dapatkan sebiji? Mari kami kupaskan dengan lebih lanjut.

Ada banyak varian, yang mana paling bagus?

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 01

Di Malaysia, BMW 3 Series E36 dilancarkan sekitar tahun 1991 dan beransur sehingga tahun 1999. Sedan eksekutif kompak ini ditawarkan dengan varian 318i, 320i, 325i, 328i dan M3 yang merangkumi enjin 4 silinder dan 6 silinder sebaris. Transmisi yang dipadankan pula terdiri daripada automatik 4 kelajuan dan manual 5 atau 6 kelajuan.

Trenkuasa BMW E36 di Malaysia
Varian/Enjin Output Transmisi

318i

1.8L 4 silinder (M40)

facelift - (M43)

 

111 PS, 162 Nm tork

114 PS, 168 Nm tork

4AT, 5MT

320i

2.0L 6 silinder sebaris (M50)

facelift - (M52)

148 PS, 190 Nm tork 4AT, 5MT

325i

2.5L 6 silinder sebaris (M50)

facelift - (M52)

189 PS, 245 Nm tork 4AT, 5MT

328i

2.8L 6 silinder sebaris (M52)

190 PS, 280 Nm tork 4AT, 5MT

M3

3.0L 6 silinder sebaris (S50)

facelift - 3.2L

 

282 PS, 319 Nm tork

321 PS, 350 Nm tork

4AT, 5MT

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 02

BMW 3 Series E36 versi coupe. Merecik hawau.

Secara keseluruhan, kami syorkan anda untuk terus ke varian berenjin 6 silinder. Lagipun, BMW terkenal sebagai antara pembuat enjin 6 silinder terbaik di dunia. Dengan hanya RM 11,000, anda boleh dapatkan terus varian 325i tahun 1995 yang mana ia paling ideal untuk keseimbangan prestasi dan penjimatan minyak. Tetapi kalau anda berani, apa salahnya untuk ke varian M3 terus yang mana model tahun 1995 kini berharga serendah RM 99,000.

Bagaimana dengan kos pembelaan?

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 03

Secara umumnya, komponen yang digunakan pada BMW 3 Series E36 tidaklah terlalu canggih. Jadi, kos membelanya hanya berkait rapat dengan jenama yang anda hendak guna ataupun kuantiti yang diperlukan. Misalnya, servis untuk varian berenjin 6 silinder berharga sekitar RM 450 (minyak enjin 7 liter). Itupun disebabkan jumlah minyak enjin yang diperlukan. Untuk varian 4 silinder pula, kos servisnya berada dalam lingkungan RM 300 sahaja (minyak enjin 4 liter).

Juga baca5 mitos tentang kereta Jerman lwn. kereta Jepun/Korea

Isu umum dan apa yang perlu diteliti?

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 04

Abu Classic, antara bengkel BMW 3 Series terhandal di Lembah Klang.

Walaupun kereta yang berusia sudah lama seperti ini lebih kepada perkara yang melibatkan jangka hayat, kami sempat dapatkan butiran dari pakar dan pemilik BMW 3 Series E36 iaitu abang Arvind kita sendiri untuk tahu akan masalah yang sering dilaporkan. Berkenaan enjin, antara isu yang ada ialah kebocoran, penyejukan, timing belt, intake, dan komponen Vanos (variable valve timing untuk BMW).

Perihal enjin
Isu Komponen Kos (RM)
Kebocoran Valve cover, oil filter housing, oil sump 1,500
Vanos high pressure line 800
Hos power steering return line 600
Steering rack

450 (recon)

800 (E46)

Vakum - intake bellow & hos intake breather 1,200
Main bearing belakang (jarang tapi berlaku pada automatik) 1,800
Penyejukan Kebocoran radiator end plate & termostat tersangkut 1,000
Timing belt Tali & Pulley 900
Intake Air Fuel Meter (318i sahaja) 1,800

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 05

Apapun, pastikan anda pilih kelikatan minyak enjin yang tepat. Kalau anda nak tahu, enjin 4 silinder dan 6 silinder sebaris BMW boleh tahan sehingga 500,000 km sekiranya dijaga dengan baik. Nampak sahaja kebocoran, hantar terus ke bengkel supaya masalah besar dapat dielakkan.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 06

Mengenai transmisi pada BMW E36 pula, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat, terutama pada isu kebocoron dan kehausan.

Perihal transmisi
Isu Komponen Kos (RM)
Kebocoran Torque converter, main bearing, valve body gasket

3,000 (recon)

4,500 pembaikan oleh pakar (digalakkan)

Kehausan

- Shim plastik & metal dalam gearset

- Injap solenoid yang boleh gagal (satu set x2)

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 07

Untuk maklumat anda, transmisi automatik BMW E36 dibekalkan oleh Jatco, GM, dan ZF. Umumnya, ZF yang paling tahan. Jatco pula agak sensitif. Mengenai GM, ia tiada masalah untuk mereka yang memandu secara santai. Transmisi manual ZF dan Getrag pula tahan cukup lasak. Apapun, pembaikan semula klac memakan kos sekitar RM 800. Selain itu, linkage yang haus juga boleh mengakibatkan penukaran gear yang tidak lancar. Tetapi penggantiannya hanya memerlukan belanja dalam lingkungan RM 300 sahaja.

Pada masa yang sama, pastikan minyak differential ditukar seperti yang disyorkan, terutama untuk differential jenis Limited Slip Differential.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 08

Bercakap pasal kereta kontinental, tidak sahlah kalau tak masuk bab elektronik kan. Tetapi usah risau kerana perihal ini tidaklah begitu rumit buat BMW E36. Namun begitu, ada beberapa hal yang perlu diambil kira. Contohnya, saiz dan kapasiti bateri haruslah mengikut varian masing-masing kerana kelalaian dalam bab ini boleh menjadi punca terhadap segala permasalahan. Kebiasaannya, BMW E36 menggunakan bateri DIN 66 hingga DIN 82.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 09

Antara isu elektronik yang sering berlaku adalah fius dan relay yang mudah terbakar akibat komponen yang sudah tidak berfungsi. Contohnya seperti fuel pump dan sistem penggera. On Board Computer (OBC) dan paparan pada kluster instrumen juga boleh rosak tetapi ia boleh dibaiki dengan harga RM 400 sahaja.

Satu lagi penyakit elektronik yang ada pada BMW E36 ialah pada kawalan penyaman udara dan tingkap. Untuk membaikinya, terdapat banyak alat ganti terpakai yang ada dalam pasaran sekarang.

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 10

Beralih ke bahagian kabin pula, BMW E36 ada isu keretakan dan klip yang boleh patah seperti berikut:

Perihal bahagian interior
Isu Komponen Kos (RM)
Retak Tiang A

1,000 (ori dari Jerman)

600 (terpakai)

Klip patah Tiang A & C

600 (terpakai tapi akan patah lagi)

Jadi lebih baik tebuk skru.

Panel pintu 50 (Lazada atau kedai alat ganti) & DIY di rumah.

Nak buat BMW E36 macam betul-betul baru boleh ke?

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 11

Walaupun BMW E36 sudah cecah usia 30 tahun, tidak mustahil untuk anda kembalikan β€˜daranya’ semula. Lagipun, inilah yang sering peminat tegar lakukan. Antara kos yang diperlukan adalah seperti:

Perihat untuk bagi baru semula
Komponen Kos (RM)
Kerusi depan & belakang serta panel pintu 1,500
Corong A/C, panel & suis +++
Nak ala M3 6,000
Set suspensi termasuk bushing 4,500
Set absorber  1,800 (OEM)
Bushing differential, centre coupling & mounting gearbox 1,500

Konklusi

 

BMW E36 terpakai - permulaan aura 3 Series eksekutif, kini serendah RM 8k, baloi beli? 12

BMW 3 Series E36 dengan usianya pasti memerlukan sedikit belanja untuk menonjolkan kemuncak auranya. Tetapi mereka yang ikhlas meminang dan sanggup menjaganya dijamin dengan satu pengalaman pemilikan dan pemanduan yang tidak akan mereka lupa sampai bila-bila.

Juga baca:

BMW 3 Series E46 – kini serendah RM13k, baloi angkat β€˜second hand’?

Panduan membeli BMW 3 Series E90 - sekitar RM 29k, model BMW klasik masa hadapan?

Minat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda