![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 01]()
BMW Group Malaysia hari ini melancarkan BMW 2 Series Gran Coupe 2020 di Pavilion Kuala Lumpur. Didatangkan dengan satu varian, model ini dipasang secara CKD di Kulim, Kedah.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 02]()
BMW 218i Gran Coupe M Sport ini berharga RM 211,367 dengan pengecualian SST (tanpa insurans). Untuk maklumat anda, ia berkongsi platform modular UKL2 dengan BMW 1 Series (F40) dimana ia turut didatangkan dengan pacuan roda hadapan.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 01]()
Dari segi tren kuasa, BMW 218i Gran Coupe M Sport dikuasai oleh enjin 1.5L 3-silinder turbo B38 yang menghasilkan 140 PS dan 220 Nm tork. Kuasa ini disambungkan ke transmisi DCT 7-kelajuan. Ia berupaya memecut daripada 0-100 km/j dalam masa 8.7 saat sehingga ke kelajuan tertinggi pada 213 km/j.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 02]()
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 03]()
Dari segi rupa paras, ia cukup berkontroversi dimana ia memiliki rupa paras 1 Series hatchback tetapi dengan but sedan pada bahagian belakang. Sebagai sebuah Gran Coupe, ia memiliki bentuk sisi seperti sebuah coupe yang cukup cun dan sporty. Di samping itu, ia turut memiliki sentuhan pintu tanpa bingkai.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 04]()
Melengkapi rupa paras luaran ialah roda 18 inci Style 819 M dengan warna dua tona. Roda ini memiliki tayar jenis run-flat yang boleh dipandu walaupun dalam keadaan pancit. Selain itu, ia memiliki pakej aerodinamik M dan gril hadapan dengan sentuhan krom berkilat.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 05]()
Pada bahagian kabin, BMW 218i Gran Coupe M Sport dilengkapi dengan kerusi sport kulit jenis Dakota, pedal M, stereng kulit M, dan sistem infotainment skrin sesentuh 8 inci dengan Apple Carplay. Ciri pengecas tanpa wayar dan penyaman udara dwi-zon turut didatangkan.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 06]()
Dari segi bantuan keselamatan, BMW 218i Gran Coupe M Sport didatangkan dengan:
- Lane Change Warning
- Rear Cross Traffic Warning
- Rear Collision Warning
- Lane Departure Warning dengan kawalan stereng
- Forward Collision Warning dengan kawalan brek
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 07]()
Pada masa yang sama, ia turut didatangkan dengan kawalan pelayaran (cruise control) dengan kawalan brek serta bantuan meletakkan kenderaan (Parking Assistant) dan Reversing Assistant.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 08]()
Dari segi konfigurasi, BMW 218i Gran Coupe M Sport didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Alpine White, Black Sapphire, Snapper Rock Blue, Storm Bay, dan Melbourne Red.
![BMW (F44) 218i Gran Coupe dilancarkan, M Sport, pemasangan CKD, RM 211,367 09]()
Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan dalam talian sebanyak RM 1,000. Secara umum, pembelian BMW 218i Gran Coupe M Sport didatangkan dengan jaminan warranti 5 tahun tanpa had jarak tempuh serta pakej servis percuma.