window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k!

Khairil · Aug 23, 2021 10:00 AM

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 01

BMW Motorrad Malaysia akhirnya membawa masuk model motosikal yang dilabel paling mampu milik jenama premium itu, BMW G 310 R dan BMW G 310 GS 2021 ke pasaran tempatan dengan harga pengenalan mengujakan.

Selain varian standard untuk BMW G 310 GS 2021, turut didatangkan versi istimewa iaitu '40 Years Edition' yang semestinya hadir dengan skim warna unik bagi model 'Adventure' berkenaan.

Juga baca: BMW S 1000 RR Isle Of Man TT Edition, terhad 50 unit, harga mahal sungguh!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 01

BMW G 310 GS 2021 (Kyanite Blue Metallic)

Untuk motosikal bergaya 'Naked', BMW G 310 R 2021 yang dilancarkan di pasaran global pada November lalu, ia tiba di Malaysia pada harga pengenalan RM 27,500 (tanpa insuran) bersama pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 02

BMW G 310 R (Limestone Metallic)

Bagi model BMW G 310 GS pula, harga yang ditawarkan ialah RM 29,500 (tanpa insuran) dan untuk versi '40 Years Edition’, harganya sedikit tinggi iaitu RM 31,500 (tanpa insuran) juga bersama pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 03

BMW G 310 GS 2021 '40 Years Edition' (Cosmic Black)

Seperti model edisi '40 tahun' lain, BMW G 310 GS '40 Years Edition' didatangkan dengan skim warna istimewa Hitam/Kuning yang mengambil inspirasi model legenda, BMW R 100 GS. Dan lebih unik, hanya 40 unit model ini dijual di negara ini.

Dari sudut spesifikasi mekanikal, ketiga-tiga model ini menggunakan trenkuasa yang sama iaitu enjin bersesaran 313 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, DOHC, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 04

Kuasa yang dihasilkan ialah 34 Hp pada 9,500 rpm dengan tork maksimum 28 Nm pada 7,500 rpm.

Juga baca: 2020 BMW R 18 First Edition dilancarkan. Cruiser moden 1,800 cc BMW bermula dari RM 149,500

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 05

Antara peningkatan dan kemaskini terbaharu yang diberikan kepada trenkuasa bagi versi 2021 ialah ianya kini patuh piawaian emisi Euro 5 dengan sistem klac kini datang dengan teknologi ‘self-boosting anti-hopping clutch’.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 06

BMW G 310 GS 2021 (Polar White)

Selain itu, ia turut diberi tambahan ‘electronic throttle grip’ (electromotive throttle controller) yang menawarkan respon pendikit lebih sensitif selain ‘automatic idle speed increase’ yang menghalang kemungkinan enjin berhenti secara tiba-tiba.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 07

Suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) 41 mm dan monoshock boleh laras dengan brek langkap dari jenama Bybre lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 08

Ciri-ciri menarik lain adalah sistem lampu LED penuh termasuk lampu siang DRL,  bersama-sama ciri lampu DRL LED, tuil brek dan klac boleh laras dan panel meter digital.

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 09

Untuk pilihan warna pula adalah seperti berikut:

  • BMW G 310 GS 2021: Kyanite Blue Metallic, Polar White
  • BMW G 310 GS 2021 '40 Years Edition': Cosmic Black 
  • BMW G 310 R: Limestone Metallic

BMW G 310 R, G 310 GS, G 310 GS '40 Years Edition' 2021 kini di Malaysia, harga bermula RM 27.5k! 10

Apa yang lebih menarik, menerusi pelan pembiayaan BMW Group Financial Services Malaysia, pembeli boleh melakukan pinjaman sebanyak 80 peratus dalam tempoh 4 tahun bersama bayaran bulanan seperti berikut:

  • BMW G 310 R: RM 460
  • BMW G 310 GS: RM 490
  • BMW G 310 GS '40 Years Edition': RM 520

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda