window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Group Malaysia adalah pengeksport kereta premium terbesar di Asia Tenggara!

Faisal Β· Jan 11, 2023 04:00 PM

BMW Group Malaysia adalah pengeksport kereta premium terbesar di Asia Tenggara! 01

Kilang BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah kini adalah pengeksport kenderaan premium terbesar di Asia Tenggara. Sejak 2018, sebanyak lebih 6,000 BMW dan MINI yang dipasang di Malaysia telah dieksport ke luar.

Kalau anda nak tahu, kilang itu sendiri sudah beroperasi sejak 2008. Tahun lepas pula menandakan peristiwa bersejarah yang mana produksi kereta sudah mencecah 100,000 unit. Untuk makluman anda, eksport mereka yang bermula sejak 2018 adalah untuk Thailand dan Filipina. Dalam tahun sama, BMW juga membuka kilang pemasangan enjin.

Kilang tersebut terletak di kampus pemasangan automotif milik Sime Darby Motors dan Bermaz (milik Inokom), iaitu di kilang enjin Sime Darby Auto Engineering. Kiranya, kilang ini terletak bersebelahan dengan bangunan pemasangan kenderaan BMW.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Group Malaysia adalah pengeksport kereta premium terbesar di Asia Tenggara! 01

Menurut BMW, kilang di Kulim mereka adalah antara yang terbaik di Asia. Disebabkan inilah mereka ditugaskan untuk membekalkan kereta pandu belah kanan (RHD) ke Thailand dan kereta pandu belah kiri (LHD) untuk Filipina.

Dalam acara 2023 Business Briefing semalam iaitu ketika majlis pelancaran BMW 3 Series facelift (LCI) berlangsung, Pengarah Urusan, Hans de Visser berkata bahawa kilang Kulim telah mengeksport lebih 6,000 kenderaan (kumulatif) dan merupakan pengeksport kereta premium terbesar di Malaysia.

Juga baca: BMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e

Kata beliau, β€œSetakat hari ini, kami telah menyerahkan lebih 6,000 unit kepada negara jiran seperti Thailand dan Filipina, sekaligus meletakkan kami sebagai pengeksport kereta premium terbesar di rantau ini. Kami kiranya pengeluar premium eksport No.1 di Malaysia”.

BMW Group Malaysia adalah pengeksport kereta premium terbesar di Asia Tenggara! 02

Untuk pengetahuan anda, model yang kilang Kulim BMW Group Malaysia eksport adalah seperti berikut:

Mengenai kilang enjin di Kulim, ia memasang nadi petrol 3 silinder B38, petrol B48 (termasuk hibrid plug-in) dan diesel B47.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda