window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV

Mersita Β· Oct 12, 2022 06:00 PM

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV 01

Susulan pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat lalu, BMW Group Malaysia cukup bersemangat tentang masa depan kenderaan elektrik (EV) di negara ini. Pengarah Urusan Hans de Visser berkata EV dan langkah mempromosikan teknologi hijau dalam Bajet 2023 sejajar dengan visi syarikat untuk BMW Group di Malaysia.

Berikut merupakan ulasan daripada de Visser berhubung Bajet 2023, dikeluarkan pada petang Jumaat:

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

--------------

Pengumuman daripada pembentangan Bajet 2023 hari ini menjadi petanda era serba baru bagi Mobiliti Berelektrik dan Mampan di Malaysia, dimana masa depan bagi kenderaan elektrik (EV) adalah cerah. Dalam usaha kami untuk memacu lebih mobiliti mampan dan bertanggungjawab di sini, kami juga bersyukur dalam menyaksikan minda maju ke hadapan dikongsikan oleh rakyat Malaysia, yang bukan saja mengalu-alukan, malah turut menunjukkan minat mendalam dan semangat terhadap pergerakan baharu, teknologi baharu dan inovasi baharu ini.

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV 01

Ini tepat sekali dengan visi kami di BMW Group untuk Malaysia, memacu tahun kami ke hadapan dengan NEXTGen Malaysia pada Januari lalu dan sepanjang tahun ini – dengan visi untuk mentransformasikan dan menyiapkan lanskap otomotif Malaysia untuk masa depan. Memupuk satu ekosistem berdaya maju dengan rakan niaga lama, kami teruskan pengembangan rangkaian BMW i Charging kami – kini merangkumi lebih daripada 400 fasiliti pengecas di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – dengan rakan niaga premium Tenaga Nasional Berhad, EV Connection (JomCharge) dan Siemens.

Tambahan pula, kami juga percaya dalam membangunkan bakat-bakat tempatan yang berupaya untuk memacu teknologi lebih jauh ke hadapan di Malaysia. Dengan pensijilan BMW High Voltage Expert kami, kami menyasarkan untuk membina tenaga kerja bertaraf dunia dan sedia EV di dalam negara ini.

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV 02

Akhir sekali, pengenalan armada BMW i elektrik kami, yang terdiri daripada BMW iX, BMW iX3, BMW i4 dan tak lama lagi, BMW i7, menunjukkan lagi komitmen dan kepercayaan kami yang β€œFuture is Electrifying” di Malaysia.

Sedang kami merancang untuk tahun hadapan, pendekatan kami keatas Mobiliti Elektrik dan Kemampanan secara keseluruhannya kekal sebagai usaha kolaboratif. Komitmen BMW Group Malaysia terhadap sasaran Environmental, Social and Governance (ESG) kami sememangnya sentiasa bertumpu kepada kepercayaan yang ia adalah tanggungjawab bersama, dan kami kekal sedia untuk bekerjasama dengan rakan tempatan sekutu di Malaysia bagi membangunkan penyelesaian berdasarkan tindakan keatas isu-isu yang memberi kesan kepada kita semua.

BMW Group Malaysia sambut gembira Bajet 2023, alu-alukan kolaborasi untuk EV 03

Bagi kami, Kemampanan bukanlah tentang mengimbangi, namun menginovasikan secara holistik serta memperjuangkan masa depan yang lebih terjamin. Untuk ini, kami akan terus melaksanakannya bukan sahaja dalam strategi perniagaan kami secara keseluruhan, tapi juga pada tahap organisasi, misalnya dengan inisiatif kehidupan kedua kami, RE:GENERATE.

Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan peruntukan yang baru saja diumumkan di Bajet 2023 yang mendukung komitmen kerajaan bagi visi bersama kami untuk Elektrifikasi dan Kelestarian. Lanjutan pengecualian cukai import dan duti eksais bagi EV diimport sepenuhnya (CBU), disamping insentif bagi pengilang peralatan pengecas EV adalah pelaksanaan positif yang kami amat percaya akan memacu penerimaan Mobiliti Elektrik di negara ini. Dengan usaha BMW Group Malaysia yang semakin maju ke hadapan dengan strategi-strategi Elektrifikasi, kami tidak sabar untuk berjalan seiring dengan pihak kerajaan dan pemegang taruh penting lain-lain dalam membentuk masa depan yang lebih cerah dan hijau untuk semua rakyat Malaysia.

Juga baca: Bajet 2023: RM 3 juta untuk teknologi hijau termasuk EV, RM 330 juta untuk bangunkan infrastruktur

Bajet 2023: Pengecualian duti eksais, cukai import untuk EV CBU dilanjutkan setahun lagi, hingga 2024

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW i4 eDrive 35

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia