window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan

Mersita · Jan 14, 2022 01:00 PM

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 01

  • Harga belum diumumkan
  • Jarak pemanduan sehingga 590 km, cukup untuk perjalanan dari Johor ke Ipoh
  • RWD dengan 340 PS, 430 Nm

BMW i4 eDrive40 kini telah mendarat di Malaysia. Kedatangannya sebagai ahli baru dalam barisan tawaran kereta elektrik oleh BMW yang kini terdiri daripada BMW iX dan iX3. Tapi, kena sabar, kerana harganya belum diumumkan lagi.

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 02

BMW i4 eDrive40 dikuasakan oleh motor elektrik terletak di bahagian belakang kereta yang boleh menjana ‘output’ maksima setinggi 340 PS, 430 Nm. Pecutan 0 – 100km/jam boleh dicapai dalam masa 5.7 saat, manakala kelajuan maksimanya mencecah 190 km/jam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 01

Bateri bervoltan tinggi ini diletakkan di lantai kenderaan dan ia mempunyai kapasiti kasar sebanyak 83.9 kWh (80.7 kWh net), dan jarak pemanduannya ialah sehingga 590 km dengan kitaran WLTP.

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 02

Pengecasan AC ditetapkan pada kadar maksima 11 kW, dan boleh dicas dari 0 – 100 peratus dalam tempoh kurang 8.5 jam. Manakala bagi pengecasan pantas DC pula, kadar maksimanya ialah 200 kW – membolehkan BMW i4 ini dicas dari 10 – 80 peratus dalam tempoh hanya 31 minit.

Baca juga: Pengecas pantas DC BMW pertama di Malaysia kini dibuka untuk kegunaan awam

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 03

Di bahagian dalam kereta pula, BMW Curved Display menghiasi paparan infotaimennya bersaiz 12.3 inci dan paparan kawalan 14.9 inci, menjadikannya satu unit berfokuskan pemandu, berdasarkan BMW Operating System 8 baharu.

Ia juga dilengkapi Head-Up Display sebagai spesifikasi standard.

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 04

Kelengkapan lain termasuklah kawalan iklim automatik tiga zon dan sistem audio ‘surround’ Harman Kardon berserta 16 ‘speaker’ dan ‘amplifier’ digital tujuh saluran.

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 05

Sistem bantuan pemandu di dalam BMW i4 eDrive40 termasuklah Driving Assistant Professional yang merangkumi:

  • Kawalan Peluncuran Aktif dengan fungsi Stop & Go
  • Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong
  • Bantuan Pemberhentian Kecemasan
  • Bantuan Tukar Lorong
  • Bantuan Kekal di Lorong dengan perlindungan aktif perlanggaran sisi
  • Amaran Trafik Melintas di hadapan kereta
  • Bantuan Mengelak
  • Amaran Persimpangan Jalan dengan fungsi brek bandar
  • Bantuan Kawalan Stereng dan Lorong dengan bimbingan aktif lorong jalan

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 06

Bantuan Parkir juga boleh didapati, termasuklah Kawalan Aktif Jarak Parkir, bantuan parkir lateral dan bantuan undur. Sebagai opsyen, pelanggan boleh memilih Bantuan Parkir Plus dengan Sistem Pemandangan Sekeliling dan Pemandangan 3D Remote.

BMW i4 dipratonton di Malaysia – RWD, 340 PS/430 Nm, 590 km jarak pemanduan 07

Pemilik BMW i4 eDrive40 akan menerima pengalaman lengkap BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi:

  • Waranti Unlimited Mileage 5 Tahun BMW dengan Program Servis Berjadual Percuma
  • Waranti Bateri 8 Tahun / 160,000 km (mana-mana yang dicapai dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan BMW dan Hotline Kemalangan
  • Kad BMW Group Loyalty+ Mobile App - BMW Privileges
  • Servis BMW Atas-Talian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW i4 eDrive 35

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia