window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k

Faisal · Aug 26, 2021 12:27 PM

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 01

BMW Group Malaysia hari ini mempertontonkan SUV elektrik pertama BMW ke pasaran Malaysia, iaitu BMW iX.

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 02

SUV berkuasa elektrik ini bakal ditawarkan melalui varian xDrive40 dan xDrive40 Sport.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Varian dan harga BMW iX di Malaysia
Varian Harga (atas jalan, tanpa insurans) Harga termasuk pakej waranti dan servis 
iX xDrive40 RM 419,630 RM 435,800
iX xDrive40 (Power Package) RM 424,230 RM 440,400
iX xDrive40 Sport RM 472,630 RM 488,800
iX xDrive40 Sport (Power Package) RM 477,230 RM 493,400

Secara teknikal, BMW iX xDrive40 mempunyai kuasa sebanyak 326 PS dan 630 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 6.1 saat. Menjadi kereta elektrik (EV), ia boleh dipandu sejauh 425 km dengan sekali cas.

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 01

Antara ciri yang didatangkan khas buat varian Sport adalah:

  • Lampu LaserLight
  • ADAS Driving Assistant Professional
  • Parking Assistant Plus
  • Sistem bunyi sekeliling Harman Kardon
  • Bumbung suria panoramik Sky Lounge
  • Interior Applications Clear & Bold

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 02

Untuk maklumat anda, aplikasi ini menerapkan penggunaan bahan gangsa dan kaca kristal pada bahagian kabin.

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 03

Secara umumnya, BMW iX mewakili lembaran baru buat BMW yang mana ia dibina oleh falsafah yang begitu berbeza dengan model-model sebelum ini. Antaranya ialah teknologi IconicSounds Electric yang dibangunkan oleh penggubah musik terkenal, iaitu Hans Zimmer.

BMW iX 2021 dilancarkan di Malaysia – SUV elektrik BMW pertama, bermula RM 419k 04

Pembeli yang berminat dengan SUV elektrik BMW yang pertama ini boleh membuat tempahan dengan fi RM 5,000 di laman BMW Shop Online. Yang menariknya, 50 pelanggan terawal akan mendapat Complimentary Charging Installation dan Complimentary 1-year Public Charging Access.

Apapun, tawaran ini sah buat tempahan yang dibuat sehingga tarikh 22 September 2021.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia