window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km

Faisal · Jan 3, 2023 07:00 PM

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 01

BMW iX xDrive50 Sport kini sudah ada di pasaran Malaysia dengan harga RM 546,800 (harga di atas jalan tanpa insurans). Posisi varian ini kiranya atas xDrive40 dan xDrive40 Sport.

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 02

Dari segi spesifikasi, ia serupa dengan varian xDrive40 Sport melalui penggunaan rim aerodinamik BMW Individual 22 inci, kaliper brek 17 inci berwarna biru dan BMW Iconic Sounds Electric.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 01

BMW iX xDrive40 Sport.

Pada bahagian dalam, varian yang lebih atas ini turut datang dengan BMW Live Cockpit Professional yang didominasikan oleh skrin lengkung yang menonjolkan kluster digital 12.3 inci dan infotainment 14.9 inci. Antara ciri yang ada termasuklah penyaman udara automatik 4-zon, audio Harman Kardon dan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Beralih ke bahagian teknikal, BMW iX xDrive50 Sport menggunakan dua motor elektrik yang menghasilkan output sebanyak 523 PS/765 Nm. Pecutan 0-100 km/j pula hanya mengambil masa 4.6 saat.

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 02

Sebagai sebuah EV, pek baterinya datang dengan berkapasiti 111.5 kWj (boleh guna 109.4 kWj) dan jarak pandunya boleh pergi sampai 630 km (kitaran WLTP). Pengecasan AC pula menyokong sehingga 11 kW. Untuk pengecasan pantas DC, ia boleh mencecah 195 kW.

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 03

Dari segi keselamatan, BMW iX xDrive50 Sport lengkap dengan ADAS Driving Assistant Professional, Parking Assistant dan kawalan pelayaran dengan fungsi brek.

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 04

Menariknya, varian ini hadir dengan dua pilihan warna baru yang berharga RM 6,200 iaitu Individual Storm bay Metallic dan Aventurine Red Metallic.

Untuk bahagian dalam, pembeli boleh memilih tema Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Hitam. Kalau tak suka, mereka boleh pilih Interior Design Suite yang berwarna Amido atau Castanea yang berharga RM 17,300.

Juga bacaHarga BMW iX dengan cukai 0% didedah – RM 56k lagi murah, dari RM 379k - RM 430k

BMW iX varian xDrive50 Sport kini di Malaysia, RM 546k, 523PS/765 Nm, jarak pandu 630 km 05

Bagi anda yang belum tahu, penawaran BMW iX di Malaysia sekarang adalah seperti berikut:

  • xDrive40 - RM 403,800
  • xDrive40 Sport - RM 447,800
  • xDrive50 Sport - RM 546,800

Juga bacaBMW Malaysia - 10% dari jualan adalah EV, Januari 2023 akan ada pengumuman 'besar'

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW iX xDrive50 Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda