window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz!

Mersita · Feb 22, 2021 11:59 AM

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 01

BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan 11,016 unit kenderaan dari portfolio BMW, MINI dan BMW Motorrad pada tahun 2020, 87% daripadanya dipasang di dalam negara (CKD) – lantas mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam segmen automotif premium di Malaysia dengan lebih daripada 52% dalam segmen tersebut!

Walaupun industri automotif bergelut dengan kemelesetan akibat pandemik yang melanda dunia, BMW Group Malaysia kekal kukuh dengan pengenalan 25 varian model yang meliputi tiga jenama utamanya – BMW, MINI dan BMW Motorrad; empat daripada varian tersebut merupakan kenderaan berelektrik.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW Group Malaysia juga meneraju arena mobiliti elektro dengan penyerahan 2,200 unit kenderaan berelektrik di seluruh negara – kebanyakannya disumbang oleh model-model BMW 5 Series dan BMW 7 Series.

Kejayaan di Malaysia turut mencerminkan kejayaan BMW Group di persada antarabangsa, setelah menyerahkan lebih daripada 2,300,000 unit kenderaan di seluruh dunia; 190,000 daripadanya merupakan kenderaan berelektrik (EV) oleh jenama BMW dan MINI – 30% peningkatan dalam penyerahan EV berbanding tahun yang sebelumnya.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 01

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kejayaan ini tidak dapat dikecapi tanpa sokongan para pelanggan, rangkain pengedar serta kerajaan Malaysia yang telah membantu industri automotif negara menerusi polisi Pengecualian Cukai Jualan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.”

Beliau juga menambah BMW Group Malaysia telah mencatat pencapaian terbaik dalam ‘Net Promoter Scoring’ bagi perihal kepuasan pelanggan, dimana lebih daripada 90% pengguna memberi maklum balas positif mengenai pengalaman mereka melibatkan jenama BMW dan MINI pada tahun 2020.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 02

Di Malaysia, jenama BMW telah merekodkan 8,903 pemilik baharu pada tahun 2020, sekaligus mendahului keseluruhan segmen premium di Malaysia dengan lebih daripada 47%. Penyerahan unit kenderaan tersebut diterajui oleh portfolio cemerlang BMW 3 Series dengan penyerahan lebih daripada 2,500 unit kenderaan; 1,400 unit daripadanya disumbang oleh BMW 320i Sport. Ia disusuli dengan BMW 5 Series dengan penyerahan melebihi 1,600 unit kenderaan; 900 unit daripadanya terdiri daripada jentera berelektrik, BMW 530e.

Sementara itu, BMW X Family mencatat penyerahan berjumlah lebih daripada 39% berbanding seluruh unit kenderaan yang diserahkan oleh BMW pada tahun 2020 – ia melangkaui 3,200 unit kenderaan dalam portfolio tersebut yang berjaya diserahkan dalam tempoh setahun. Kejayaan ini dibelakangi oleh model-model BMW X1, yang mempunyai lebih daripada 1,000 pemilik baharu pada tahun lalu. Portfolio BMW M turut mencerminkan kecemerlangan jenama ini dengan penyerahan melebihi 80 unit kenderaan.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 03

MINI Malaysia pula berjaya menyerahkan 987 unit kenderaan pada tahun lalu, mengambil lebih daripada 5% kongsi segmen premium Malaysia. Penyerahan ini didahului oleh model-model MINI Countryman yang paling laris – lebih daripada 47% disumbang oleh MINI Cooper S Countryman.

Sementara itu, BMW Motorrad Malaysia cukup cemerlang sepanjang tahun 2020 dengan penyerahan berjumlah 1,126 unit kenderaan, yang melangkaui angka tahun 2019. Penyumbang utama terhadap pertumbuhan ini ialah segmen Kembara (Adventure) dengan penyerahan melebihi 670 unit kenderaan, sekitar 300 daripadanya terdiri daripada jentera BMW R 1250 GS Adventure.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 04

BMW R 1250 GS Adventure

Gagasan Mobiliti Bervisi telah menjadi saksi bagi satu lagi pencapaian dengan rekod penyerahan berjumlah 2,200 unit kenderaan berelektrik BMW dan MINI pada tahun lalu, yang diterajui oleh model-model kenderaan BMW 530e dan BMW 740Le xDrive.

Penyumbang terbesar yang lain turut meliputi BMW X5 berelektrik, BMW 330e M Sport CKD, serta jentera MINI Elektrik Terbaharu yang diperkenalkan baru-baru ini. Ia membuktikan kadar peralihan segera negara Malaysia ke arah kenderaan berelektrik, yang akan terus memacu penerimagunaan mobiliti elektro pada tahun-tahun yang akan datang.

BMW jenama premium CKD No.1 paling laris di Malaysia, 'tapau' Mercedes-Benz! 05

Kejayaan BMW Group Malaysia turut menjadi acuan bagi BMW Group Financial Services Malaysia, yang berjaya membiayai lebih daripada 42% kenderaan BMW, 45% kenderaan MINI, dan 60% motosikal BMW Motorrad yang telah diserahkan pada tahun lalu.

Usaha pendigitalisasian kumpulan tersebut termasuklah BMW Engage untuk perkhidmatan pelanggan, BMW i-Renewal untuk insurans kenderaan, BMW Shop Online dan MINI eShop untuk pembelian atas-talian.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda