window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k

Mersita · Jul 24, 2020 03:30 PM

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 01

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW M135i xDrive F40 2020 serba baharu di Malaysia, tak lama selepas mengacahnya di laman Facebook mereka. Harganya bermula daripada RM 355,646 (on-the-road, tanpa insuran, 0% SST). Model tersebut dibawa masuk daripada loji BMW di Leipzig, Jerman.

Luaran

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 02

BMW M135i xDrive memaparkan gril ‘kidney’ yang disatukan bercorak jejaring, menggantikan gubahan berpalang klasik, yang diberi kemasan warna Cerium Grey. Ia didatangkan dengan lampu hadapan LED lengkap dengan fungsi lampu tinggi automatik.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain dari itu, rongga udara di hadapan dan sisi, pelitup cermin sisi, dan paip ekzos 100 mm yang juga diberi kemasan Cerium Grey mengharmonikan lagi rekaan keseluruhan luaran kenderaan baru ini.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 01

Dari sisi, set roda aloi ringan 19 inci dengan penggayaan V 557 M dwi-warna dapat dilihat melengkapi parasnya.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 02

Di bahagian belakang pula, M135i xDrive ini tampak lebih sasa dengan lampu brek tiga dimensi dan spoiler belakang BMW M.

Enjin

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 03

BMW M135i xDrive serba baharu ini dikuasakan oleh enjin TwinPower Turbo M Performance 2 liter dengan 4 silinder. Kompak premium pacuan-semua-roda ini menjana output maksima gabungan 225 kW/306 kk dan puncak tork 450 Nm – hampir sama dengan Mercedes-AMG A35. Ia juga dilengkapi dengan suspension dan brek M Sport.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 04

Model BMW 1 Series terbaharu ini dilengkapi dengan teknologi ARB (‘actuator contiguous wheel slip limitation’) untuk meningkatkan tahap cengkaman dan intervensi yang sensitif dan tangkas pada gandar hadapan. Pengendalian juga ditingkatkan dengan komponen diferensial gelincir terhad Torsen yang baharu yang diintegrasikan dengan transmisi Steptronic Sport 8 kelajuan.

Dalaman

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 05

Ruang dalamannya dilengkapi dengan kemasan kokpit ‘Illuminated Boston’ dan pelapik kulit Dakota. Ia didatangkan dengan kerusi hadapan berkuasa, penyaman udara automatik dua zon, material bumbung antrasit, pengecas tanpa wayar dan sistem audio ‘all-surround’ Harman Kardon dengan 16 pembesar suara.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 06

Kabinnya yang diperbaharui menampilkan ruang yang lebih luas. Saiz BMW M135i xDrive juga telah dipertingkatkan dari segi kelebaran (+34 mm) dan ketinggian (+13 mm) berbanding model terdahulu. Kapasiti muatan juga ditingkatkan kepada 380 liter (+20 liter).

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 07

BMW Live Cockpit Professional dalam BMW M135i xDrive menampilkan Sistem Operasi BMW 7.0 dengan paparan instrumen 10.25 inci yang boleh diperibadikan, termasuk skrin sentuh 10.25 inci beresolusi tinggi. Hatchback premium oleh BMW ini juga dilengkapi dengan Kunci Digital BMW, Apple CarPlay, Pengemaskinian Perisian Jarak Jauh dan Pembantu Peribadi Pintar BMW.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 08

BMW Personal CoPilot (ADAS) yang didatangkan dengan model ini merangkumi:

  • Bantuan Memandu, Memarkir dan Mengundur
  • Amaran Penukaran Laluan
  • Amaran Perentasan Trafik di belakang
  • Amaran Perlanggaran Belakang
  • Bantuan Had Kelajuan
  • Amaran Keluar Laluan
  • Amaran Perlanggaran Hadapan dengan fungsi pembrekan

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 09

Kemasan warna yang boleh didapati adalah Alpine White, Black Sapphire, Misano Blue, Mineral Grey atau Melbourne Red. Pemilik boleh memadankan warna luaran pilihan mereka dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam dengan leliang hitam, atau upholsteri kulit Dakota dalam warna Magma Red dengan sulaman berwarna kelabu dan leliang hitam.

BMW M135i xDrive terbaharu bakal disediakan di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara pada 28 Julai 2020. Pelanggan juga boleh menempah "The 1" ini di laman sesawang rasmi BMW pada harga RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi BMW i8 Coupé baru.

BMW M135i xDrive (F40) 2020 serba baru kini di Malaysia – enjin turbo 2.0L, 306 PS/450 Nm, RM 356k 10

Pemilik BMW M135i xDrive juga boleh menikmati:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
  • Servis Dalam Talian BMW

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 BMW 1 Series M135i xDrive

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda