window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat

Faisal · Oct 22, 2020 03:00 PM

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 01

BMW Malaysia hari ini melancarkan keluaran 3 Series yang baharu iaitu M340i xDrive. Sedan kompak ini merupakan model M Performance pertama yang dipasang tempatan (CKD). Dengan pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember 2020, BMW M340i xDrive berharga RM 402,354 tanpa insuran.

Tren kuasa

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, ia didatangkan dengan enjin 3.0L 6-silinder sebaris yang menghasilkan 367 PS dan 500 Nm tork. Kuasa ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 01

Dengan berpacuan semua roda xDrive, ia boleh membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat sehingga mencapai kelajuan tertinggi yang disekat pada 250 km/j. Penggunaan bahan api pula adalah sebanyak 7.7 liter/100 km.

Handling

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 02

Walaupun berpacuan xDrive, kuasa lebih banyak dihantar ke roda belakang apabila cengkaman tambahan tidak diperlukan. Teknologi ini turut dibantu oleh differential M Sport untuk penghantaran kuasa yang lebih seimbang.

Sistem suspensi pula diuruskan oleh suspensi adaptif M Sport yang boleh dilaras mengikut pilihan pemandu.

Eksterior

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 03

Menariknya, inilah kali permata BMW 3 series G20 didatangkan dengan roda M Sport 19 inci. Roda ini dilengkapi dengan brek M Sport yang berwarna biru. Untuk maklumat anda, sistem brek ini mempunyai 4 injap di hadapan untuk pemberhentian yang menakjubkan. Melengkapi roda ini ialah tayar jenis run-flat.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 04

Dari segi penampilan, ia didatangkan dengan pakej M Aerodynamics, spoiler M, trim BMW Individual Shadow Line, dan Laser Light.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 05

Di samping itu, ia didatangkan dengan sentuhan Cerium Grey pada bampar hadapan, gril kidney, dan cermin sisi.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 06

Ekzos kembar yang berbentuk trapezium pula melengkapi penampilan di belakang.

Interior

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 07

Penampilan di bahagian dalam didatangkan dengan sentuhan M yang merangkumi kerusi sport dengan kemasan kulit Vernasca, stereng kulit M, lampu penghadang pintu, dan kemasan BMW Individual Anthracite pada permukaan siling.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 08

Selain itu, bahagian kabin didatangkan dengan pedal dan karpet M serta trim Aluminium Tetragon. Melengkapi interior ini ialah kluster instrumen digital 12.3 inci serta sistem infotainment sesentuh 10.25 inci.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 09

Kelengkapan kabin juga merangkumi 11 pilihan warna lampu ambient lighting, penyaman udara 3-zon, 16 pembesar suara Harmon Kardon, dan kawalan pintu but tanpa sentuh.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 10

Sebagai tambahan, ia didatangkan dengan Head Up Display, bumbung suria, dan nyalaan welcome lights.

Ciri Keselamatan

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 11

Selain sistem bantuan pandu (Driving Assistant) dan parkir (Parking Assistant), ia turut didatangkan dengan sistem bantuan keselamatan pemandu (ADAS). Sistem ini merangkumi:

  • Lane Change Warning (LCW)
  • Lane Departure Warning dengan bantuan stereng (LDW)
  • Rear Cross Traffic Warning (RCTA)
  • Forward Collision Warning (FCW) dengan kawalan brek (AEB)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Bantuan had laju

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 12

Secara umumnya, ia didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan (mileage) dan servis percuma.

BMW M340i dilancarkan di Malaysia – RM 402,354 , 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat 13

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan dengan harga RM 1000 di bilik pameran atau secara dalam talian melalui laman shop.bmw.com.my

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda