window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift??

Mersita · Sep 25, 2020 10:00 AM

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 01

Kami pernah bincangkannya dahulu, dah lihat gambar intipannya, dan dah ceritakan perjalanannya tapi ada satu perkara yang membuatkannya jadi satu topik hangat – BMW M4 2021 serba baharu masih kekal dengan gril ‘kidney’nya yang memecah-belahkan pendapat di kalangan peminat (dan juga ‘haters’).

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 02

Dilancarkan melalui acara atas-talian pada hari Selasa lalu bersama-sama BMW M3 2021 serba baharu, satu perkara yang boleh dipersetujui ramai ialah M4 sememangnya tulen, berprestasi tinggi dan bergaya mantap!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Prestasi hebat dengan cara baru

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 01

Keempat-empat model siri M ini (dua M3 dan dua M4, lebih lanjut tentang ini nanti) dikuasakan oleh enjin ‘inline 6’ dengan dua pengecas turbo berkapasiti 3.0 liter, dipadankan pula dengan samada transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 8 kelajuan.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 02

M4 ada dua varian – M4 ‘asas’ dengan kuasa 480 PS dan tork 550 Nm, lagi satu M4 Competition seperti di dalam gambar-gambar ini dengan kuasa 510 PS dan tork 650 Nm yang memacu roda belakang.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 03

Paddle-shifters

M4 asas juga dipasangkan dengan ‘paddle-shifters’ untuk kawalan lebih mudah.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 04

Bunyi ngauman lunak

Kereta ini juga mempunyai sistem ekzos yang spesifik untuk model ini bagi memberikan pengalaman lebih menyeronokkan dan mengujakan.

Banyak kelengkapan dan opsyen pemanduan baharu

Antara kelengkapan baharu yang unik bagi model M4 ini ialah Penganalisa Drift (‘Drift Analyser’) yang dijadikan sebagai kelengkapan pilihan. Ia digunakan untuk memberi pandangan tentang unjuran, sudut dan tempoh masa ‘drift’ pemandu.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 05

Ada banyak lagi selain daripada Drift Analyser

Yang tinggal hanyalah fungsi ‘Share to Instagram’, kalau ada pun bagus juga.

Apa yang pasti ialah M3 dan M4 ialah pacuan semua rodanya iaitu yang pertama sekali bagi model-model ini. Sistem AWD M ini boleh dipilih untuk berikan anda lebih kuasa dan prestasi.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 06

Reka bentuk badannya juga bukanlah untuk gaya semata-mata. Perinciannya semua ada fungsinya seperti rongga udara ekstra di kedua-dua belah gril utamanya untuk menyejukkan brek, atap fiber karbon untuk merendahkan pusat gravitinya, dan pelbagai lagi perincian aerodinamik di sekeliling badan keretanya. Pastinya dengan kuasa sebegini, kereta ini perlu cukup seimbang untuk dipacu keras di trek.

Model M4 merekodkan 4.2 saat untuk pecutan 0 – 100km/jam manakala 3.9 saat untuk varian M4 Competition.

Kejuruteraan di sebalik badan yang cantik

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 07

Antara perincian yang dipadatkan sebagai rangka kereta ini termasuklah suspension M adaptif dengan penyerap hentakan yang dikawal secara elektronik, ubah-suai gandar hadapan dan belakang yang spesifik untuk model M, sistem pembrekan yang baru dengan brek M Compound sebagai standard serta seramik karbon sebagai pilihan.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 08

Ia juga diberi rim aloi M-light bersaiz 18 inci di hadapan dan 19 inci di belakang. Model xDrive yang akan datang akan diberi rim bersaiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 09

Ruang dalaman mengancam

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 10

Ruang kabinnya seperti yang boleh dijangkakan – dipenuhi dengan kemasan karbon, material jenis Alcantara dan kerusi berlapik kulit. Kerusi ‘bucket’ biru dan kuning dengan kemasan fiber karbon yang cukup mengujakan ini boleh dipilih.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 11

Selain dari itu, ia juga didatangkan dengan kelengkapan ADAS yang sinonim dengan kenderaan BMW, termasuklah ‘front collision warning’ (FCW), ‘lane departure warning’ (LDW), dan juga paparan atas kepala.

BMW M4 2021 serba baharu diperkenal – 510 PS/650 Nm, manual, dan Penganalisa Drift?? 12

Penuh karbon

Dah terpikat?

BMW akan mula menghantar model-model ini ke bilik-bilik pameran bermula Mac 2021. Senarai harganya belum lagi diumumkan. Pada hemat kami, model ini tampak cukup hebat ditambah pula dengan tahap kuasa dan teknologinya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW M4 Competition Coupe

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda