window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap!

Faisal Β· Mar 16, 2023 11:00 AM

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap! 01

Dua bulan selepas BMW 3 Series G20 facelift (LCI) dilancarkan, BMW Malaysia kini mengumumkan harga buat dua lagi varian baru iaitu 330Li dan M340i.

Jadi, penawaran harga BMW 3 Series 2023 di Malaysia sekarang adalah seperti berikut:

  • BMW 320i M Sport: RM 283,800
  • BMW 330e M Sport: RM 298,800
  • BMW 330i M Sport: RM 317,800
  • BMW 330Li M Sport: RM 325,800
  • BMW M340i xDrive M Sport: RM 391,800
  • BMW M340i xDrive M Sport Pro: RM 396,800 (melalui tempahan dalam talian)

Semua harga adalah termasuk pakej servis dan waranti 5 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaBMW Malaysia lancar 3 Series G20 2023 facelift (LCI) - dari RM 284k, M Sport, 320i, 330i & 330e

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap! 01

Mengenai 330Li M Sport, jarak rodanya 110 mm lebih panjang daripada 330i M Sport. Walaupun dengan M Sport, 330Li tetap menggunakan suspensi β€˜comfort’.

Sama seperti 330i, 330Li menggunakan enjin 2.0L turbo B48 (258 PS, 400 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan dan kuasa dihantar ke roda belakang.

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap! 02

Varian M340i pula hadir dengan enjin 3.0L turbo 6-silinder sebaris B58 (387 PS, 500 Nm) dan kuasa disalurkan ke semua roda (xDrive).

Suspensinya kekal dengan jenis Adaptive M Sport dan terdapat, differential M Sport dan Variable Sport Steering.

Satu pembaharuan pada M340i facelift adalah varian Pro yang mana ia dilengkapkan dengan rim 19 inci dwi-tona 791 M Bicolour Jet Black.

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap! 03

Kredit foto: Desmond Automotive.

Dari segi kosmetik juga, varian Pro didatangkan eksklusif dengan M lights Shadowline, kaliper brek M Sport dalam warna High-Gloss Red, trim M High-gloss Shadow Line, gril β€˜kidney’ yang ada jejari berwarna High-Gloss Black dan M Rear Spoiler dalam warna Black Sapphire.

Varian ini boleh dibeli secara dalam talian melalui fi tempahan pada harga RM 3,000. Penghantaran pula dijangka bermula pada Ogos 2023.

BMW Malaysia lancar 330Li M Sport & M340i LCI 2023 (CKD) - varian 3 Series facelift kini lengkap! 04

Apapun, secara am, kawalan pelayaran adaptif masih tidak ditawarkan langsung.

ADAS yang ada hanya Lane Departure Warning dengan Steering Intervention, Front Collision Warning dengan Brake Intervention dan Rear Cross-traffic Warning dengan Brake Intervention.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda