window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV

Faisal Β· Mar 18, 2023 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sama seperti model pra-facelift, BMW X7 2023 ini dipasang lokal (CKD) di kilang BMW Group Malaysia di Kulim, Kedah iaitu dekat fasiliti pemasangan automotif Inokom.

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 01

Dari segi penampilan, apa yang baru pada X7 facelift adalah elemen lampu depan yang terasing di mana DRL dan lampu isyarat berada di atas dan lampu suruhan biasa di bawah, sekali dengan LED matriks adaptif.

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 02

Pada bahagian belakang, X7 LCI menampilkan lampu LED bergrafik baharu dan lampu undur yang diubah semula. Bar krom yang menyambungkan kedua-dua lampu pula kini ditutup dalam bekas kaca.

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 03

Masuk ke dalam, kabin BMW X7 LCI diperbaharui dengan BMW Curved Display yang menyambungkan kluster digital 12.3 inci dan infotainment 14.9 inci. Bercakap mengenai infotainment, ia menggunakan sistem operasi terkini, BMW OS 8.

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 04

Kemasan yang digunakan pada bahagian kabin X7 facelift adalah trim kayu Lindenwood Fineline dan siling M Headliner β€˜Alcantara’. Selain itu, corong penyaman udara juga telah diubah dan tombol gearnya diganti dengan jenis yang lebih kecil.

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 05

Dari segi trenkuasa, enjin 3.0L turbo 6-silinder sebaris yang beransur diperbaharui dengan sistem hibrid sederhana (MHEV) 48V. Output keseluruhan meningkat kepada 375 PS dan 520 Nm tork. Kuasa pula kekal dihantar ke semua roda (xDrive) melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Untuk aspek ADAS pula, X7 facelift lengkap dengan ciri:

  • Lane Departure Warning
  • Lane Change Warning dengan active steering intervention
  • Front Collision Warning dengan brake intervention
  • Rear Crossing Traffic Warning
  • Rear Collision Prevention dengan exit warning
  • Speed Limit Info

BMW Malaysia lancar X7 xDrive40i 2023 facelift (LCI) CKD - dari RM 654,8k, teknologi MHEV 06

Cumanya, kawalan pelayaran adaptif belum lagi ditawarkan oleh BMW Malaysia.

Juga bacaBMW X7 xDrive40i Pure Excellence (CKD) 2021 dilancarkan – dari RM 699k, ada ACC & stereng belakang!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda