BMW Malaysia menyambut Hari Malaysia dengan pemilik ///M
Faisal · Sep 20, 2020 08:28 AM
0
0
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia baru-baru ini, ratusan peminat tegar bmw ///M dengan lebih daripada 70 buah BMW berprestasi tinggi telah berkumpul di Pavilion, Bukit Bintang.
Sambutan Hari Malaysia dimulakan dengan pengumpulan kesemua media termasuk kami dan pemilik BMW M dari seluruh negara di Auto Bavaria Ara Damansara. Kereta yang kami peroleh untuk konvoi ini ialah BMW M5 F90.
Setelah mengambil sarapan pagi dan menerima penerangan berkenaan rencana untuk hari itu, kami melewati kereta masing-masing termasuk BMW M5 yang bakal kami pandu. Pandangan awal kami pada BMW M5 ini ialah betapa mewahnya ia terasa.
Sebagai kereta yang berprestasi tinggi, kualiti perjalanan dalam mod “comfort” cukup selesa dan empuk. Ia hampir terasa seperti BMW 5 Series dalam mod “Sport”.
Tekan sahaja butang M2 di stereng, keselurahan kereta terus menjadi tegap dan jitu. Ia seperti mempunyai dua personaliti yang berbeza dalam satu pakej yang cukup rapi.
Dengan penukaran antara personaliti yang cukup lancar dan cepat, tidak menafikan kehandalan jurutera BMW dalam menjadikan BMW M5 sebuah kereta yang boleh melakukan semua dalam satu masa yang sama.
Dengan input pedal minyak yang santai sahaja sudah cukup untuk meletakkan BMW M5 dalam kelajuan yang tidak boleh dibayangkan. Pecutan daripada enjin 4.4 liter V8 twin-turbo terasa seperti kapal terbang yang hendak berlepas.
Tanpa kami sedari, konvoi ini telah tiba di Pavilion dimana kesemua kereta M diletakkan di pentas negara. Pemandangan ini jelas bermakna dan cukup istimewa buat pemilik BMW M yang terlibat.
Antara yang menarik ialah BMW M4 yang menerima balutan badan oleh Chan Wen Bin. Untuk maklumat anda, beliau dipilih untuk memenangi pertandingan BMW Motorsports ini kerana corak yang moden dan unik kelihatan sangat serasi dengan imej sebuah BMW M4.
Corak ini bakal digunakan pada kereta lumba BMW M4 GT4 untuk perlumbaan yang akan datang pada akhir tahun ini.
Chan Wei Bin bersama orang-orang besar BMW
Di samping itu, kami turut berbual dengan beberapa peminat dan pemilik yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Ini bertepatan dengan Hari Malaysia yang menyambut kelahiran negara yang mempunyai pelbagai kaum dan adat yang unik.
BMW Malaysia turut menggelarkan acara ini sebagai “Hari ///M” yang cukup bertepatan dengan Hari Malaysia yang kita sanjungi.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.