window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022?

Faisal · Aug 14, 2020 04:55 PM

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 01

Selama beberapa generasi, BMW M3 dijual sebagai sedan, coupe, dan convertible. Kemudiannya, model coupe dan convertible telah menjadi BMW M4. Tetapi tidak pernah ada jenis wagon dalam model M3 walaupun BMW telah menawarkan 3 Series wagon selama bertahun-tahun...sehingga kini.

Yang paling dekat dengan model M3 adalah M340i Touring tetapi peminat tidak menganggap ia sebagai kereta M yang sebenar.

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW menampilkan acah dimana ia memberikan 3 Series wagon dengan sentuhan M, menjadikan 3 Series generasi G20 sebagai wagon pertama yang bakal menjadi M3 Touring yang sebenar.

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 01

Photoshop yang dicerahkan

Imej acah ini hanya menunjukkan bahagian belakang M3 Touring tetapi dengan peningkatan kecerahan, anda dapat melihat bahawa ia akan memiliki 4 ekzos dan bampar yang direka bentuk semula.

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 02

BMW berhasrat untuk menjaga ciri praktikal sebuah wagon sambil dikuasai oleh enjin M 6-silinder TwinPower Turbo. Tidak disebutkan lagi mengenai spesifikasi tren kuasa yang akan didatangkan tetapi mungkin serupa dengan enjin 3.0 liter S58 yang bakal hadir dalam F80 M3 sedan dan F82 M4 coupe yang akan datang.

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 03

BMW berhasrat untuk melancarkan 2 varian iaitu F80, varian RWD yang dipadankan dengan 6-kelajuan manual atau F82, varian Competition yang dilengkapi 4WD xDrive dipadan ke 8-kelajuan DCT. Sukar untuk mengatakan apakah M3 Touring akan ditawarkan dengan kedua-dua varian.

BMW menampilkan acah M3 'Touring' yang pertama – akan dilancar pada tahun 2022? 04

BMW pernah membuat model M untuk jenis wagon sebelum ni melalui E34 M5 dan E60 M5. BMW M340i Touring yang disebutkan di atas adalah wagon BMW yang cukup berprestasi tetapi masih bukan model M.

Jenis wagon bukanlah gaya badan yang popular di Malaysia. Namun untuk sesetengah pengguna, wagon mempunyai aura yang gempak apabila memiliki ciri praktikal disamping prestasi dan pengendalian yang menakjubkan.

M3 Touring mungkin akan membuat kemunculan pertama pada tahun 2022.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda