window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500!

Khairil · Feb 27, 2021 11:00 AM

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 01

BMW Motorrad Malaysia secara rasmi memperkenalkan dua model jentera berkuasa tingginya iaitu Kruiser BMW R 18 Classic dan Superbike BMW S 1000 RR bagi versi 2021 di pasaran tempatan, hari ini.

Bagi model Kruiser BMW R 18 Classic, jentera serba mewah itu hadir pada tanda harga RM 154,500 manakala untuk jentera penggemar kelajuan iaitu BMW S 1000 RR, ia datang dengan tawaran RM 121,500.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 01

Kedua-dua model berkenaan boleh didapati di semua pengedar sah BMW Motorrad Malaysia seluruh negara bermula hari ini.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 02

Sebagai jentera yang dibina untuk peminat 'touring' atau jelajah, BMW R 18 Classic 2021 dikatakan memberikan pengalaman tunggangan jarak jauh yang lebih memuaskan kepada pemiliknya.

Dengan reka bentuk klasik yang menawan sama seperti model BMW R 18 First Edition, ia tiba dalam warna Black Storm Metallic dan dilengkapkan dengan pelbagai ciri termasuk lampu hadapan LED, unit kawalan luncur elektronik, pelindung angin, tempat duduk penumpang dan serta beg pelana sebagai standard. 

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 03

Menggunakan enjin boxer terbesar pernah dibangunkan BMW Motorrad dikenali 'Big Boxer', BMW R 18 Classic menggunakan enjin bersesaran 1,802 cc, 4 Lejang, 2 Silinder, Penyejuk Cecair dan Udara.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 04

Kuasa itu kemudian disalurkan kepada transmisi enam kelajuan berciri gigi berlingkar dengan klac ‘anti-hopping’. Kuasa yang dihasilkan ialah setinggi 91 Hp pada 4750 rpm dan tork 158 Nm pada paras 3,000 rpm dengan kelajuan maksimum dikatakan mencapai 180 kmj.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 05

Menurut BMW Motorrad, penggunaan bahan api versi terbaru ini kekal pada paras  5.6 liter bagi setiap jarak perjalanan 100 km dengan fungsi kawalan emisi disediakan melalui penukar katalitik tiga arah yang terlaras.

Seperti BMW R 18 First Edition, varian baharu ini membawakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Integral BMW Motorrad dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC), berserta dengan tiga mod tunggangan: Rock, Roll dan Rain. Ia turut dilengkapi dengan kawal tork seretan enjin (MSR), Kawalan Brek Dinamik, serta fungsi kawalan luncur elektronik sebagai standard.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 06

Selain itu, kepada yang berminat, mereka juga diberi pilihan untuk menambah aksesori daripada Original BMW Motorrad Accessories sama ada untuk muatan, reka bentuk, penampilan, serta ergonomik dan keselesaan.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 07

Bagi jentera yang disasarkan kepada peminat kelajuan iaitu BMW S 1000 RR pula, antara ciri yang datang sebagai standard bagi versi 2021 ialah fungsi Riding Mode Pro dan Dynamic Damping Control yang dikatakan mampu memberikan pengalaman lebih mengujakan di atas litar.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 08

Hadir dalam tiga warna yang memukau: Hockenheim Silver, Blackstorm Metallic, serta kombinasi antara Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red (BMW Motorrad Motorsport untuk M Package), BMW S 1000 RR baharu ini menampilkan teknologi LED di lampu hadapan dan belakang berserta dengan lampu membelok LED yang baharu.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 09

Bagi trenkuasa, varian terbaharu ini masih dijana enjin 999 cc, 4 Lejang, 4 Silinder Sebaris, Penyejuk Cecair/Udara yang menghasilkan 204 Hp pada pada 13,500 rpm dan tork lebih tinggi 113 Nm pada 11,000 rpm. BMW Motorrad mendakwa, ia mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 299 kmj.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 10

Empat mod tunggangan datang sebagai standard iaitu Rain, Road, Dynamic dan Race yang lengkap dengan Riding Mode Pro.

Mod-mod tunggangan ini mengawal fungsi elektronik seperti Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) dan ABS Pro bagi membekalkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik ketika membrek atau dalam posisi menyendeng, manakala sistem BMW Motorrad Integral ABS membekalkan tahap keselamatan yang bertaraf lebih tinggi.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 11

Seperti dinyatakan, varian terbaru ini hadir dengan 'Dynamic Damping Control' atau Kawalan Redaman Dinamik sebagai standard selain Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) serta HP Shift Assistant Pro.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 12

Untuk paparan panel instrumen, BMW S 1000 RR 2021 menggunakan skrin TFT 6.5 inci yang dihubungkan dengan ‘Multi Controller’ di panel bar hendal sebelah kiri. Skrin paparan boleh disuaikan secara peribadi dan ia juga hadir dengan ‘Connectivity’ untuk menawarkan fungsi pemain muzik dan panggilan telefon.

Menerusi BMW Motorrad Connected App, pemiliknya boleh mengakses statistik tunggangan selepas setiap tunggangan.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 13

Bagi menambah tarikan, kelengkapan yang sebelum ini tiba sebagai pilihan untuk BMW S 1000 RR untuk pakej BMW M kini datang sebagai standard iaitu roda karbon ‘M’, tempat duduk sport ‘M’, serta bateri ringan ‘M’.

Begitupun aksesori lain seperti komponen peletak kaki karbon ‘M’, tuil klac brek ‘M’, aneka pilihan perisai angin, ‘M Datalogger’ dan ‘M Laptrigger’, tempat duduk ‘M’ dengan pelbagai ketinggian, kit pelitup ‘M’, kit kalibrasi ‘M’, serta beg tangki dan beg belakang masih datang sebagai pilihan.

BMW R 18 Classic, S 1000 RR 2021 rasmi tiba di Malaysia. Harga RM 154,500 dan RM 121,500! 14

Untuk kedua-dua model, harga jualan yang diumumkan begitupun adalah asas (tanpa insurans) tetapi hadir dengan jaminan terbaru 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan juga selama 3 tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda