window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa?

Haris Β· Dec 18, 2022 12:00 PM

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 01

Waktu terdesak memerlukan langkah yang terdesak. Ketua pasukan kelestarian BMW telah tampil dengan kenyataan bahawa menggunakan dan membaikpulih kereta yang ada sekarang pada tempoh lebih lama sebenarnya memberi kesan positif kepada alam sekitar.

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 02

6 tahun berlalu, ia masih kelihatan segar. Baca panduan membeli F30 3 Series kami disini

Bercakap di satu majlis yang diadakan di London, Monika Dernai, ketua pasukan kelestarian BMW berkata bahawa industri automotif boleh mengurangkan pembaziran dengan menggalakkan orang ramai untuk memelihara pada kereta yang mereka gunakan sekarang dan memastikan kenderaan tersebut sentiasa segar dengan naik taraf.

Baca juga: F30 BMW 3-Series LCI terpakai - Poket koyak atau pelaburan berbaloi? Ini kos jagaan dan pembaikan F30 LCI

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 01

β€œKita benar-benar perlu memikirkan tentang memanjangkan hayat kereta; bukan mengenai pasaran kereta terpakai di mana anda menjual kereta antara satu sama lain tetapi mungkin memelihara kereta dan melanjutkan jangka hayatnya,” kata Dernai, berdasarkan AutoExpress.

"Ideanya adalah, mungkin anda boleh memperbaharui bahagian dalam.

β€œKita memerlukan set kemahiran baharu dalam pasaran terpakai di mana (misalnya) tempat duduk kenderaan boleh ditanggalkan dan tempat duduk baharu boleh diletakkan – maka ini adalah kereta terpakai yang nampak macam kereta baharu.

Ia boleh mempunyai pemilik yang sama, yang kemudiannya tidak membeli kereta baharu, tetapi kami masih mempunyai perniagaan kerana BMW dan seluruh masyarakat akan mendapat manfaat daripadanya.”

Baca juga: BMW 5-Series F10 terpakai - sedan eksekutif dari RM 52k, apa yang perlu diperhatikan & mahal tak nak jaga?

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 02

BMW 5 Series F10

Komen tersebut adalah berdasarkan seruan yang semakin meningkat untuk menghijaukan industri automotif. Langkah lain yang diambil oleh pengeluar utama termasuk peralihan kepada bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan, dan mengubah kepada rangkaian model yang dipacu elektrik.

Baca juga: Panduan: RM 15k boleh beli BMW 5-Series E39 terpakai, generasi emas belum ada pengganti!

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 03

Atau anda lebih berminat dengan BMW X5?

Walau bagaimanapun, Dernai menegaskan bahawa kereta akan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan hal ini berkait dengan realiti bagaimana infrastruktur disediakan.

β€œBolehkah kita memindahkan semua orang ke pengangkutan awam? Saya rasa jawapannya tidak,” katanya.

"Anda bimbang tentang pengangkutan awam di U.K., tetapi jika anda melihat Amerika Syarikat, ia makin pupus. Jadi saya rasa masih ada pasaran untuk kereta di luar sana.”

BMW: Simpan & selenggara kereta lama atau terpakai adalah lebih baik untuk alam sekitar. Kenapa? 04

Apa tunggu lagi? Jika anda berminat dengan BMW 3 Series E46 misalnya, Carlist ada beberapa unit. Sekiranya anda lebih cenderung mencari model yang lebih baru, Carsome pun ada.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW 3 Series 320i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda