window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k

Mersita Β· Mar 24, 2023 02:00 PM

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 01

Di 2023 Bangkok International Motor Show, BMW Thailand telah menayangkan satu model yang baru saja dilancarkan iaitu BMW X1 2023 (U11) serba baru.

Thailand merupakan pasaran kedua di rantau ini yang menerima BMW X1 2023 U11, manakala negara pertama pula ialah Singapura.

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi pasaran Thailand, BMW menawarkan BMW X1 dalam satu varian tunggal iaitu sDrive18i yang dijual pada harga THB 2,249,000 (~RM 292k).

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 01

Jentera penggerak X1 sDrive18i ialah enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo 3 silinder yang menjana 156 PS dan 230 Nm, memacu roda hadapan menerusi kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan.

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 02

Dari segi visual, BMW X1 U11 telah diperbaharui sepenuhnya. Di bahagian hadapannya terlihat jejaring β€˜kidney’ BMW yang dikenali ramai, namun kali ini lebih besar dan bersegi berbanding model terdahulu. Sepasang lampu LED adaptif di hadapan juga tampak lebih β€˜sepet’ berbanding dahulu.

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 03

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 04

Di bahagian belakangnya pula, BMW X1 U11 tampil dengan sepasang lampu brek LED β€˜sepit ketam’. Tema rekaan di hadapan turut dilihat di sini, dimana bahagian bawah bamparnya tampak lebih bersegi. Rim 225/55R18 berkemasan warna perak melengkapkan luaran BMW X1 U11.

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 05

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 06

Di bahagian dalam juga terdapat banyak perubahan daripada X1 generasi F48. Paparan BMW Curved Display didatangkan dalam X1 varian rendah ini, memaparkan kluster instrumen digital 10.25 inci serta skrin infotainmen 10.7 inci.

BMW X1 2023 U11 serba baru dipamer di Thailand - satu varian sDrive18i, harga RM 292k 07

Kit keselamatan pula merangkumi sistem bantuan parkir automatik dan brek kecemasan berautonomi (AEB). Kawalan peluncuran adaptif (ACC) tidak disertakan sekali.

Di Malaysia, BMW X1 2023 U11 dijangka akan tiba di pasaran kita pada penghujung tahun ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BMW X1 Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda