BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW X1 sDrive18i pada hari ini, iaitu model terbaru dalam portfolio kenderaan yang dipasang secara domestik (CKD). Varian BMW X1 yang ini adalah keseinambungan daripada varian BMW X1 sDrive20i M Sport yang menerima sambutan yang memberangsangkan pada tahun lepas.
BMW X1 sDrive18i terbaru ini hadir dengan lampu hadapan LED, termasuk lampu kabus LED bahagian hadapan, rel bumbung dan trim luaran aluminium dengan kemasan satin serta set rim aloi 17 inci dengan rekaan jejari V yang menyerlahkan gaya sporty kereta ini.
Model ini dijana oleh enjin 3 silinder 1.5 liter BMW TwinPower Turbo yang mampu menjana sehingga 140 PS kuasa kuda dan 220 Nm tork. Enjin ini turut digandingkan dengan transmisi Dual Clutch Steptronic 7-kelajuan.
Prestasi model BMW tentulah setaraf dengan reputsainya. Pecutan 0-100 km hanya memerlukan 9.6 saat. Tambahan pula, BMW mendakwa bahawa BMW X1 sDrive18i ini menggunakan bahan api sebanyak 6.3 liter / 100 km, suatu angka yang jarang-jarang dicapai oleh kebanyakan SUV.
BMW X1 sDrive18i baharu ini mempunyai ruang dalaman paling besar dalam kelasnya. Kapasiti ruang but dalam BMW X1 sDrive18i boleh ditingkatkan dengan mudah daripada 505 liter kepada 1,550 liter apabila tempat duduk belakang dilipat. Model ini turut disertakan dengan pintu but automatik dengan fungsi tanpa sentuh untuk membuka dan menutup pintu but melalui fungsi Comfort Access.
Sistem infotainment yang tercanggih memperlihatkan keupayaan teknologi BMW X1 sDrive18i melalui sistem iDrive yang serba intuitif dalam Control Display berskrin 8.8 inci. Tambahan pula, ia boleh dikawal menggunakan iDrive Controller, sama ada melalui sentuhan mahupun suara.
Sistem bantuan pemandu turut hadir pada BMW X1 sDrive18i dalam bentuk BMW Personal CoPilot. Sistem ini mempunyai:
Tawaran warna bagi jentera BMW X1 sDrive18i ini merangkumi Alpine White, Mediterranean Blue, Black Sapphire, dan Mineral Grey. Ia turut dipadankan dengan kemasan dalaman kulit Leather Dakota dalam warna hitam yang menawan.
Pemilik jentera BMW X1 sDrive18i terbaru ini juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia meliputi:
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 BMW X1 Upcoming
Upgrade
Add your car