BMW X3 F25 terpakai dari RM 55k - lebih baik SUV baharu atau mampu pelihara ini?
Haris · Feb 4, 2023 08:00 PM
Kami meletakkan BMW 3 Series F30 di tempat yang dipandang tinggi kerana ciri kelengkapan, rekaan dan dinamik pemanduan yang terbaik, di mana telah kami bincangkan secara meluas dalam panduan kereta terpakai sebelum ini.
Namun jika anda lebih suka SUV sebaliknya, apa kata lihat alternatif yang jelas iaitu BMW X3 F25 terpakai?
Mari kita mulakan dengan sejarah ringkas mengenai pengenalan rasminya di Malaysia. BMW X3 F25 dilancarkan di Malaysia pada tahun 2011 dengan varian tunggal yang diimport sepenuhnya (CBU), X3 xDrive20d.
Seperti tatanamanya, ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.0 liter turbodiesel N47 dengan 184 PS/380 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Ia merupakan model BMW pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan sistem auto mula/henti.
Setahun kemudian, varian petrol xDrive20i tiba dengan enjin 4-silinder 2.0 liter turbocaj N20 dengan 184 PS/270 Nm yang juga dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Kedua-dua varian diesel dan petrol adalah model pacuan semua roda (AWD).
Pemasangan tempatan (CKD) bermula pada awal tahun 2013 dengan tahap kelengkapan yang sama dengan model CBU, seperti sistem infotainment 8.8-inci, pendingin hawa dwi-zon automatik, dan sistem audio 12-pembesar suara 205-watt - hanya sekadar menyebutkan beberapa ciri.
Faktor yang membezakan antara keduanya secara visual ialah rim 18-inci pada model CKD berbanding rim 17-inci pada model CBU.
Pada tahun 2014, BMW X3 LCI F25 (LCI bermaksud facelift) tiba dengan dua varian CKD seperti sebelumnya, petrol xDrive20i dan diesel xDrive20d. Trenkuasa dalam xDrive20i dikekalkan dari sebelumnya tetapi xDrive20d menerima enjin 2.0 liter turbodiesel B47 baru dengan peningkatan output kepada 190 PS/400 Nm.
Selain fascia depan yang baru, tahap kelengkapan juga telah dipertingkatkan sedikit. Varian XDrive20i menerima funsgi kemasukan tanpa kunci dan pintu kargo belakang bebas tangan berkuasa, seperti yang dilengkapi dalam xDrive20d pra-facelift.
Untuk memberikan nilai tambah, xDrive20d masih merupakan varian yang lebih lengkap dengan kamera undur dan bumbung suria panorama.
Varian BMW X3 F25 mana yang disyorkan?
Kami memihak kepada varian diesel xDrive20d tetapi malangnya, sambutan yang diterima tidak memberangsangkan. Unit terpakai adalah sedikit dan dijauhi pembeli kerana sentimen terhadap enjin diesel. Ia agak mengecewakan kerana enjin N47/B47 telah terbukti agak teguh.
Ia juga sesuai dengan tingkah laku sebuah SUV, iaitu pelayaran pemanduan yang lancar hasil usaha yang minimum dari tork mantap.
enjin N47
Tetapi jika anda berkongsi sentimen yang sama dengan kebanyakan pembeli, maka varian xDrive20i adalah satu-satunya pilihan anda. Memilih antara model pra-facelift dan facelift sepenuhnya bergantung kepada bajet masing-masing.
Berapa harga BMW X3 F25 terpakai pada masa ini?
Pada masa penulisan, unit awal xDrive20i petrol dari 2012 hingga 2013 adalah sekitar purata RM 60k hingga RM 70k, manakala xDrive20d diesel - jika tersedia disenaraikan - mengarah kepada harga yang sedikit lebih tinggi sekitar RM 80k.
Model LCI masih sekurang-kurangnya sekitar RM 100k, bergantung kepada tahun, dengan beberapa unit ditemui dijual pada harga melebihi RM 130k.
Kami bercakap dengan Jason dari JW Performance, yang memberitahu bahawa BMW X3 F25 diesel adalah varian paling boleh dipercayai pernah dia usahakan. Dia juga memberikan contoh pelanggan yang telah mencatatkan lebih dari 300,000 km dengan servis dan baik pulih minimum yang bukan diluar daripada kebiasaan.
Enjin petrol N20, bagaimanapun, lebih mudah terdedah kepada kebocoran minyak dan kegagalan rantai sawat pemasaan. Tetapi kami diberitahu bahawa ini lebih mencerminkan tabiat pemandu kerana ia selalunya ditemui dalam kereta yang dipandu secara agresif, dan tidak setiap enjin N20 menghadapi masalah ini.
Sebagai contoh, BMW X3 F25 dengan lebih daripada 100,000 km perbatuan, sistem xDrive AWD mungkin mula bertindak dan menyebabkan pemanduan terasa tersengguk-sengguk apabila memecut secara mengejut atau bunyi aneh kedengaran apabila stereng berada pada darjah pusingan yang terkunci.
Seperti biasa, berhati-hati dengan unit dengan odometer yang diolah semula, ECU yang telah ditala semula atau mungkin kenderaan yang pernah terlibat dalam banjir atau kemalangan. Rekod servis penuh akan mendedahkan jika jarak tempuh telah diusik dan merupakan satu penambahan yang dialu-alukan.
Konklusi
Bagi mereka yang berkongsi kekaguman kami terhadap BMW 3 Series F30 tetapi lebih gemarkan SUV, BMW X3 F25 sesuai dengan peranan itu dengan sempurna. Dengan harga di pasaran kereta terpakai yang menarik seperti sekarang, mungkin ia patut dipertimbangkan sekarang memandangkan anda kini sudah lebih arif mengenai apa yang perlu diperhatikan.
2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 242,900
RM 2,580
/bulan
47,311 km
3.5 years
Petaling Jaya
2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 239,700
RM 2,640
/bulan
18,502 km
4 years
Cheras
2019 BMW X3 XDRIVE30I (CKD) 2.0
RM 230,700
RM 2,618
/bulan
29,583 km
3.5 years
Petaling Jaya
Lihat BMW X3 yang tersenarai di laman Carsome melalui pautan ini. Anda tahu ini adalah portal terbesar dan paling dipercayai untuk jual beli kenderaan terpakai, kan?
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen