window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k!

Haris · Apr 9, 2021 08:30 PM

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k! 01

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan model SUV sport, atau dipanggil Sport Activity Vehicle iaitu BMW X3 sDrive20i 2021. Model ‘SAV’ ini boleh dikira sebagai model pengenalan kepada model BMW X3 - sebelum ini hanya dijual dalam pilihan xDrive30i dan M.

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai model pengenalan, BMW X3 sDrive20i ini dijana oleh enjin 4 silinder 2.0 liter B48 BMW Twin Turbo dengan gandingan transmisi 8 kelajuan automatik Steptronic dengan fungsi Automatic Hold. Kesemua kuasa sebanyak 186 PS / 300 Nm memacu roda belakang.

Keseluruhan kuasa ini mampu diterjemahkan dengan lebih mudah melalui ujian pecutan 0-100 km/j yang dapat diselesaikan dalam masa 8.2 saat. Kelajuan maksimum pula mencecah 215 km/j.

Model ini akan dipasang secara tempatan (CKD). Model ini juga tampil bergaya dengan rim aloi 19 inci jejari Y Style 694 dengan tayar gerak-kempis (run flat tyre). Selain itu, ia juga didatangkan dengan rel bumbung.

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k! 01

Pada bahagian dalam pula, ia dilengkapi dengan tempat duduk sporty, lapik kaki baldu lembut, penyaman udara 3 zon dan lampu ambien. Untuk kemudahan hiburan pula, BMW X3 sDrive20i ini menghiburkan anda dengan sistem infotainment berskrin 10.25-inci dan 12 pembesar suara, manakala pemandu menerima fungsi Driving Assistant dan Parking Assistant.

Sebagai sebuah SUV, kapasiti but belakang juga sangat penting. BMW X3 sDrive20i ini menawarkan sebanyak 550 liter kapasiti ruang tersebut.

Untuk aspek keselamatan, BMW X3 sDrive20i tampil dengan ciri keselamatan seperti:

  • Lane Change Warning
  • Crossing Traffic Warning
  • Rear Collision Warning
  • Speed Limit Assist
  • Lane Departure Warning dengan bantuan stereng aktif
  • Forward Collision Warning dengan Brek Elektronik Autonomi (AEB).

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k! 02

Terdapat juga fungsi Parking Assistant dan Reversing Assistant dengan tambahan fungsi Intelligent Emergency Call.

4 warna yang ditawarkan pada model BMW X3 sDrive20i ialah Alpine White, Glacier Silver, Black Sapphire, dan Phytonic Blue.

BMW X3 sDrive20i 2021 dilancarkan: model X3 paling murah pada harga RM 286k! 03

Ketika ini 3 model BMW X3 yang dijual adalah:

  • sDrive20i - RM 286,674
  • xDrive30i Luxury - RM 304,234
  • xDrive30i M Sport - 324,163

BMW X3 sDrive20i ditawarkan pada harga RM 286,674 dengan pengalaman pemilikan premium BMW iaitu jaminan selama 5 tahun tanpa had perbatuan, Servis Berjadual Percuma, Bantuan Tepi Jalan dan pelbagai lagi. Layari shop.bmw.com.my untuk menempah unit anda sekarang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 BMW X3 sDrive20i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda