window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800

Faisal · Feb 16, 2022 02:38 PM

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 01

SUV eksekutif BMW X3 di Malaysia sebentar tadi baru sahaja diperbahui dengan varian hibrid plug-in (PHEV) yang mana model yang dipasang lokal (CKD) ini ditawarkan pada harga RM 356,800.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 02

BMW X3 xDrive30e M Sport ini dikuasakan oleh enjin B48 2.0L turbo (184 PS, 300 Nm) yang dibantu oleh motor elektrik berkuasa 109 PS.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 01

Gabungan tenaga sebanyak 292 PS dan 420 Nm ini dihantar ke semua roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 02

Pecutan 0-100 km/j pula mengambil masa selama 6.1 saat sebelum mencapat kelajuan tertinggi pada 210 km/j. Dalam mod elektrik sepenuhnya, BMW X3 PHEV ini boleh pergi sehingga 135 km/j. Sebagai sebuah hibrid, X3 xDrive30e hanya menggunakan bahan api sebanyak 2.0 – 2.6 liter/100 km.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 03

Secara teknikal, SUV hibrid ini datang dengan pek bateri ion-litium 12 kWj. Mengenai jarak pemanduan elektrik, ia boleh berjalan sejauh 42 km ke 50 km.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 04

Mengecas dari 0 – 80% menggunakan pengecasan AC 3.7 kW jenis penyambung Type 2 mengambil masa selama 2 jam 24 minit. Untuk cas yang penuh, ia memerlukan 3 jam 42 minit.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 05

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 06

Menariknya, X3 xDrive30e tembus ke pasaran Malaysia sebagai model facelift (LCI) terus.

Sebagai model M Sport, ia hadir dengan rim 20 inci dan suspensi M Sport.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 07

Pada bahagian kabin, ia datang dengan skrin infotainment 10.25 inci yang berasaskan BMW Operating System 7. Kluster instrumen digital 12.3 inci melalui BMW Live Cockpit Professional juga ada, kecuali pada varian sDrive20i.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 08

Selain itu, BMW X3 hibrid plug-in ini lengkap dengan BMW Intelligent Personal Assistant yang mana pembeli boleh memberi arahan suara untuk melaras sesuatu fungsi, sama seperti “Hi Proton”.

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 09

Antara ciri bantuan keselamatan ADAS yang ada termasuklah:

  • Lane Change Warning
  • Lane Departure Warning
  • Front Collision Warning dengan brake intervention
  • Parking Assistant Plus dengan Park Assist
  • Reversing Assistant

BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800 10

Secara amnya, harga BMW X3 di Malaysia termasuk waranti 5 tahun tanpa had perbatuan dengan program servis percuma adalah seperti berikut:

Harga BMW X3 di Malaysia
Model Harga
X3 sDrive20i M Sport  RM 315,800
X3 xDrive30i M Sport  RM 358,800
X3 xDrive30e M Sport      RM 356,800
Harga termasuk pengecualian cukai jualan SST sehingga 30 Jun 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 BMW X3 sDrive20i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda