window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k!

Haris · Feb 16, 2022 05:30 PM

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 01

Untuk tahap praktikaliti yang rendah dengan gaya yang berlebih-lebihan, BMW X4 facelift (LCI) adalah jawapan kepada keperluan anda yang dikompromi. Model BMW X4 generasi G02 ini menyertai barisan model BMW X3 yang diperbaharui dalam trim X4 xDrive30i M Sport tunggal dengan harga daripada RM 398,800 dan dipasang secara tempatan (CKD).

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 02

Tiada apa-apa yang diubah di bawah hud depan termasuklan enjin 4-silinder sebaris 2.0 liter turbocaj B48 yang sama ditemui dalam model BMW X3 xDrive30i M Sport - melakukan 252 PS dan tork 350 Nm yang sama. Ia mengagih kuasa ke empat-empat roda melalui transmisi automatik 8-kelajuan yang biasa digunakan untuk sistem xDrive.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: BMW X3 xDrive30e M Sport dilancar ke Malaysia – X3 versi hibrid PHEV, CKD, RM 356,800

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 01

Secara visual, perubahan adalah minimal termasuklah beberapa reflektor di sepanjang bampar belakang yang juga telah melalui sedikit semakan. Kebanyakan perhatian untuk BMW X4 biasanya difokuskan terhadap garis bumbung ala coupe-nya itu.

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 02

Walau bagaimanapun, tidak seperti sistem gantungan M Sport dalam BMW X3, 'brader' BMW X4 ini mendapat sistem gantungan adaptif.

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 03

Masuk ke dalam kabin yang mencabar ruang kepala dan anda akan disambut oleh gugusan instrumen digital 12.3-inci. Kali ini sama dengan BMW X3, sistem infotainment BMW X4 juga menggunakan antara muka Sistem Operasi BMW 7 melalui skrin 10.25-inci yang lebih besar dengan Intelligent Personal Assistant BMW yang dikemas kini - menggabungkan skop arahan suara yang lebih luas.

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 04

Sistem bantuan pemandu juga adalah sama dalam bentuk standard Lane Change Warning, Land Departure Warning dan Front Collision Warning dengan Brake Intervention (AEB). Sudah tentu, ciri seperti Parking Assistant dan Reversing Assistant turut ditawarkan dalam BMW X4 LCI ini.

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 05

Anda boleh mendapatkan BMW X4 anda dalam warna putih Alpine White, merah Piemont Red, biru Phytonic Blue atau hitam Carbon Black. di mana bahagian dalam dibalut dengan kemasan kulit Vernasca Black.

Jika anda peminat kabin berwarna-warni, anda boleh memilih upholsteri kulit Vernasca Tacora Red tetapi ia hanya terpakai untuk warna luaran Alpine White dan Carbon Black.

BMW X4 (LCI) dilancarkan - CKD Malaysia, SUV-coupe paling menarik dari RM 398k! 06

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, BMW X4 xDrive30i facelift berharga RM398,800 dan dilengkapi dengan waranti perbatuan tanpa had selama lima tahun serta pakej perkhidmatan berjadual percuma. Harga adalah termasuk SST.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 BMW X4 xDrive30i M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda