window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC!

Faisal · Feb 26, 2021 04:30 PM

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 01

BMW Malaysia baru sahaja melancarkan BMW X7 xDrive40i Pure Excellence yang dipasang tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Sebelum ini, SUV mewah dengan 7 tempat duduk ini diimport dari Amerika. Sebagai model CKD, ia dianggarkan berharga RM 708,000.00 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans dan SST - sah sehingga 30 Jun 2021).

Apa yang baru?

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 02

Menariknya, model CKD datang dengan ciri yang sama dengan model CBU sebelum ini. Secara terperinci, BMW X7 CKD masih dikuasai oleh enjin B58 3.0L 6 silinder sebaris (340 PS, 450 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 01

Suspensi udara juga ditawarkan seperti dulu. Untuk maklumat anda, ia bekerjasama dengan Dynamic Stability Control dan Executive Drive Pro untuk mutu keselesaan dan pengendalian yang lebih baik.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 02

Pada bahagian luar, ia masih datang dengan trim Pure Excellence. Pakej ini hadir dengan rim 21 inci rekaan bilah ‘Y’ dan trim aluminium di tempat naik dan di rel bumbung. Pintu but belakang juga masih datang dengan ciri berkuasa sekali dengan fungsi Comfort Access.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 03

Menariknya, ciri bumbung panoramic Sky Lounge yang mempunyai 15,000 lampu LED turut ditawarkan pada BMW X7 CKD.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 04

Dari segi teknologi, ia masih hadir dengan lampu BMW LaserLight dengan bantuan lampu tinggi. Lampu kabus jenis LED turut didatangkan. Selain itu, BMW X7 CKD masih datang dengan BMW Personal CoPilot yang merangkumi ciri Parking Assistant Plus dan Reversing Assistant.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 05

Di samping itu, teknologi bantuan pemanduan ADAS turut beransur pada model CKD ini. Ia hadir dengan ciri seperti:

  • Lane Departure Warning
  • Lane Change Warning
  • Front Collision Warning dengan Brake Intervention

Unik untuk model CKD ialah ciri Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 06

Pada bahagian dalam pula, ia masih kekal dengan BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi ciri seperti:

  • Kluster instrumen 12.3 inci
  • Head-Up Display
  • Intelligent Personal Assistant
  • Gesture Control

Pada masa yang sama, ciri seperti sistem bunyi Harmon kardon dengan 16 pembesar suara, penyaman udara 5-zon, pelindung matahari elektronik, dan perapat pintu masih beransur pada BMW X7 CKD. Malah susunan 7 tempat duduk juga masih hadir seperti sebelum ini.

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 (CKD) dipertonton – anggaran RM 708k, dengan ACC! 07

Dari segi dimensi, BMW X7 cukup gah walaupun dibandingkan dengan 7 Series sekalipun. Perbezaan dimensi diantara mereka adalah seperti berikut:

Perbezaan dimensi (mm)
Model BMW X7 BMW 7 Series
Panjang 5,151 5,260
Lebar 2,000 1,902
Tinggi 1,805 1,479
Jarak roda 3,105 3,210

Dengan harga yang bakal menjadi lebih menarik, adakah anda terpesona dengan BMW X7 atau Mercedes-Benz GLS?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 BMW X7 xDrive40i Pure Excellence

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda