window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah

Faisal · Jun 15, 2021 07:34 PM

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 01

Menurut sebuah portal dari China, Geely Binyue (dijual di sini sebagai Proton X50) bakal mendapat sentuhan “Pro” tidak lama lagi. Pembaharuan ini didatangkan bersama dengan Geely Boyue Pro 2021 (juga dikenali sebagai Proton X70).

Geely Binyue dengan penambahan gaya

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 02

Mengenai Geely Binyue Pro, SUV ini nampaknya akan tampil dengan tema ala ‘X’ pada bahagian depan yang mana ia turut didatangkan dengan gril dan bampar yang berbeza. Apa yang lebih lain ialah sentuhan gril honeycomb yang menggantikan gril ‘Expanding Cosmos’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 01

Perubahan pada bahagian belakang pula termasuklah trim melintang yang berkemasan hitam dan diffuser dengan sentuhan warna badan. Malah, diffuser ini melengkapi bahagian ekzos secara menyeluruh.

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 02

Reka bentuk roda pula dijangka beransur dari varian bukan Pro yang mana ia ditawarkan dengan saiz 17 dan 18 inci.

Satu lagi kemaskini buat Geely Boyue

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 03

Geely Boyue Pro 2021 pula tampil dengan perubahan yang begitu ketara walaupun lampunya dikekalkan. Antara pembaharuan yang ditonjolkan pada wajahnya ialah gril berwarna hitam yang begitu besar sekali dengan sentuhan trim perak dan merah di bahagian tepinya.

Juga bacaProton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu?

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 04

Bahagian belakang pula boleh dispesifikasikan dengan cermin gelap dan warna pada trim bampar. Spoiler kecil juga didatangkan di atas trim yang bertulisan GEELY.

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 05

Kalau dilihat lebih bawah, Geely Boyue Pro 2021 nampaknya hadir dengan diffuser yang lebih menyerlah.

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 06

Antara pilihan tambahan termasuklah lampu jenis smoked, rel bumbung berwarna hitam, dan bumbung berwarna hitam.

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 07

Walau bagaimanapun, kemaskini yang ditampilkan pada kedua-dua SUV ini belum tentu masuk ke Malaysia. Untuk maklumat anda, Geely Boyue Pro pra-facelift hanya dijual di pasaran pandu belah kiri seperti Filipina. Pasaran pandu belah kanan seperti Malaysia pula hanya ditawarkan dengan Geely Boyue.

BOCOR: Geely Boyue Pro 2021 dan Geely Binyue Pro didedah 08

Apapun, Proton X70 spec Malaysia akan terima sentuhan “SE” tidak lama lagi. Selepas daripada itu, model facelift dijangka beransur yang mana ia mungkin datang dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder bagi menggantikan enjin 1.8L turbo yang ada selama ini.

Juga bacaSpyshot: Proton X70 Special Edition kini sah! Warna Ocean Blue, model naik taraf aksesori sahaja?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Geely Bin Yue G-power 200T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda