window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi!

Faisal ยท Jul 14, 2022 11:00 AM

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 01

Sekali pandang, pasti anda akan ingat bahawa gambar di atas adalah sebuah Audi tetapi percaya atau tidak, ia sebenarnya Honda Accord generasi akan datang.

Imej paten ini dikeluarkan dari Brazilian National Institute of Industrial Property.

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun berwarna hitam putih, imej yang didedahkan ini cukup jelas yang mana kalau anda lihat, Accord 2024 akan mengekalkan reka bentuk bumbung fastback, sama macam generasi ke-10 sekarang.

Kalau diperhatikan lebih mendalam, anda akan perasan bahawa lampu depannya lebih tirus. Gril di hadapan pula mengenakan sentuhan bentuk trapezoid iaitu elemen sama yang diterapkan pada Honda CR-V yang baru sahaja membuat debut semalam.

Juga baca2023 Honda CR-V generasi baharu didedah - 1.5 Turbo dan 2.0 Hybrid, dilengkapi 10 beg udara!

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 01

Pada bahagian bawah pula, terdapat intake dan trim yang melintang pada bahagian bampar.

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 02

Nampak sama tak?

Bahagian belakang pula, Accord generasi seterusnya dilihat mengambil inspirasi daripada Audi A7 kerana ia nampak hampir sama.

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 03

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 04

Lakaran Honda Accord baharu dari laman automotif Kolesa dari Rusia.

Dengan reka bentuk yang cukup kemas dan rapi, Honda nampaknya membangunkan Accord yang seterusnya untuk pasaran Eropah dan Amerika Utara. Lagipun, Accord dan CR-V baru sahaja keluar dari pasaran rumahnya iaitu Jepun.

Juga bacaTerlalu besar & mahal, jualan Honda CR-V & Accord yang lebih sesuai di Amerika bakal berakhir di Jepun

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 05

Honda Accord di pasaran kita sekarang.

Walaupun sudah dalam fasa ujian, Accord generasi baharu mungkin hanya akan tiba di pasaran kita sekitar tahun 2025 kerana generasi sekarang baru sahaja dilancarkan pada tahun 2020.

BOCOR: Paten Honda Accord 2024 generasi baharu terdedah, dah nampak macam Audi! 06

Apapun, tarikh buat debut global belum lagi diumumkan. Jadi sementara itu, ikuti dahulu perkembangan kami dari semasa ke semasa.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda Accord Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda