Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba!

Zamil Syaheer · Mar 25, 2021 04:00 PM

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 01

Nampaknya Hyundai sedang sibuk dengan beberapa pembangunan model baru. Tempoh hari mereka mendedahkan Hyundai Staria MPV, dan kali ini mereka juga telah memuat naik imej rasmi Hyundai Alcazar 2021, SUV 7 tempat duduk premium.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 02

Berbanding Staria, Alcazar direka untuk pasaran membangun seperti India di mana ia dijangka akan membuat debut global tidak lama lagi. Namun, Hyundai hanya mendedahkan lakaran reka bentuk dalaman dan belakang SUV ini.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 03

Beberapa hari selepas Hyundai memuat naik imej acah, kini model 3D Alcazar tertiris, siap dengan rangka tindakan (blueprint)!

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 04

Dari bahagian depan, kita boleh lihat Alcazar hadir dengan rekaan gril depan berbeza dari Creta. Ia nampak premium dan memaparkan tema reka bentuk Sensuous Sportiness Global Design.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 05

Spyshot Creta 7 tempat duduk daripada AutonetMagz.

Alang-alang dah sebut pasal Creta, ada versi 7 tempat duduk yang sepatutnya dikembangkan untuk pasaran Indonesia. Katanya, ia akan dibawa masuk ke Malaysia. Adakah model Alcazar ini memberi gambaran tentang model akan datang?

Juga baca: Pelan eksport kereta Malaysia ke Indonesia tergugat dengan Hyundai Creta 7 tempat duduk?

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 06

Kembali semula kepada Alcazar, ia juga akan hadir dengan konfigurasi 6 tempat duduk dengan dua tempat duduk kapten di barisan tengah. Tona warna coklat dan hitam sememangnya memberi imej premium.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 07

Setakat ini, Hyundai tidak mendedahkan sebarang trenkuasa untuk Alcazar, tetapi rasanya ada beberapa petunjuk pada lakaran 3D ini. Apabila anda zoom di bahagian but belakang, anda boleh nampak beberapa lambang seperti 2.0 dan “Signature”.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 08

Mungkinkah Alcazar akan menggunakan enjin yang tidak ditawarkan pada Creta. Enjin 2.0 liter Hyundai untuk pasaran India ada pada Elantra dan Tucson, dengan dua pilihan bahan bakar samaada petrol atau diesel.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 09

Enjin 1.5 liter CRDi pada Creta untuk pasaran India.

Manakala Creta pula mempunyai pelbagai plihan enjin – 1.5 liter aspires natural Smartstream G MPi (115 PS/144 Nm), 1.4 liter bercas turbo T-GDi (140 PS/242 Nm), dan 1.5 liter bercas turbo CRDi (115 PS/250 Nm).

Enjin ini dipadankan dengan tiga pilihan transmisi, iaitu 6 kelajuan manual, 7 kelajuan dwi-klac automatik, ataupun CVT.

Bocor: Pencabar Perodua Aruz untuk pasaran ASEAN, Hyundai Alcazar 2021 bakal tiba! 10

Adakah Alcazar bakal menjadi lagi satu produk yang berjaya di pasaran India? Menurut data penjualan 2020, Hyundai adalah jenama nombor dua terlaris di sana, dengan Maruti Suzuki di tempat pertama.

 

Komen

tradeInTool.upto20

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Terkini

    Cek Lebih

    Model Terbaru