window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru!

Faisal · May 5, 2021 07:43 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru! 01

Berdasarkan apa yang telah dibocorkan, bahagian luar Proton Persona 2021 nampaknya hadir dengan lampu depan jenis LED. Malah, bampar depan juga kelihatan berbeza dengan model sekarang. Di samping itu, spyshot yang diperoleh dari Automachi ini turut menunjukkan reka bentuk roda baru yang dilaporkan bersaiz 16 inci.

BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru! 02

Tetapi apa yang lebih memukau ialah intipan pada bahagian dalam. Kalau anda perasan, bahagian konsol tengahnya telah diubah ke reka bentuk yang baru yang mana ia turut hadir dengan trim ala aluminium. Selain itu, skrin infotainment yang ada sebelum ini juga nampaknya diubah ke gaya terapung. Malah ia nampak seakan sama seperti apa yang ada pada Proton Saga.

Juga bacaSpyshot: Adakah ini ‘head unit’ Proton Iriz Active? Gaya terapung, tiada butang!

Tidak cukup dengan itu, bahagian kawalan penyaman udara jenis digital juga seperti diambil terus dari Proton X50. Elemen ini tidak menghairankan sama sekali memandangkan SUV tersebut adalah model Proton yang paling terkini. Apa yang menarik mengenai spyshot ini ialah kemasan warna coklat pada bahagian tempat duduk, pintu, dan juga perehat tangan. Nampak mewah kan?

Namun begitu, kehadiran sokongan Android Auto/Apple CarPlay masih belum dapat dipastikan.

BOCOR: Proton Persona MC2 2021 tanpa samaran – lampu jenis LED, konsol tengah baru! 03

Setakat ini, Proton Persona MC2 2021 dilaporkan kekal dengan transmisi CVT Punch. Apapun, kami berharap bahawa Proton memberikan talaan yang lebih baik untuk transmisi yang disebutkan.

Menurut sumber dalaman, latihan pra-jualan untuk model ini sedang giat dijalankan. Ini menandakan bahawa pelancarannya sudah dekat. Oleh itu, ikuti kami untuk berita yang paling terkini mengenai Proton Persona MC2 2021.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Persona 1.6 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda