window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza!

Haris · Sep 3, 2021 03:00 PM

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 01

Toyota Corolla Cross mungkin sudah dilancarkan di Malaysia tetapi pasaran Jepun masih belum menerima model ini. Namun, beberapa maklumat telah tertiris mengenai SUV kompak Toyota ini sebelum pelancaran rasmi pada 14 September 2021. Adakah pasaran Jepun bakal menerima model khas JDM?

Rekaan luar - Sedikit berbeza, lebih cantik bergaya 

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 02

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 03

Atas: Corolla Cross pasaran Jepun, bawah: Malaysia

Dari segi luaran, rekaan Toyota Corolla Cross menerima imej yang lebih bergaya berbanding model yang ada di Malaysia. Malah, model Corolla Cross yang ada di pasaran Amerika juga tidak menerima pengolahan khas ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Toyota Corolla Cross dengan potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 01

Toyota Corolla Hatchback, lihat logo dan rekaan bumper yang digunakan - suatu rujukan terhadap keluarga Corolla

Kesemua model Corolla di Jepun menggunakan lambang C menggantikan logo Toyota dan Toyota Corolla Cross ini juga tidak terkecuali. Malah, rekaan bumper juga menonjolkan ciri-ciri keluarga Corolla, tidak seperti model global yang lain.

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 02

Lampu LED Bi-Beam tampil standard, Malaysia hanya untuk varian atas sahaja

Antara perincian kecil menarik: lampu depan mungkin kelihatan sama tetapi jika dilihat dengan lebih dekat, terdapat perincian yang sedikit berbeza berbanding model biasa.

Perbezaan ini bukan sekadar kosmetik tetapi lebih kepada fungsi. Hal ini kerana varian atas Toyota Corolla Cross pasaran Jepun menggunakan lampu LED quad-beam dengan lampu isyarat LED berurutan (sequential LED turn signal).

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 03

Toyota Corolla 1.8V, varian paling atas 

Ciri tersebut merupakan ciri khas untuk pasaran Jepun. Tiada pasaran lain yang menggunakan lampu hadapan ini. Adakah ini bertujuan untuk menyaingi Honda Vezel?

Baca: Honda HR-V (Vezel) 2021 laku keras – sebulan 32,000 tempahan, varian e:HEV berwarna putih paling popular!

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 04

Rekaan rim juga berbeza. Bergantung pada varian, pelanggan akan menerima rim dua tona yang menarik atau rim berwarna perak polos yang lebih ringkas.

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 05

8 warna satu tona akan ditawarkan. Tiada pilihan dua tona bumbung hitam untuk pasaran Jepun. Selain itu, kebanyakan rekaan bahagian belakang dilihat masih dikekalkan tanpa sebarang perubahan ketara.

Kabin dalaman - Hitam itu menawan

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 06

Bergerak ke bahagian kabin dalaman, tidak banyak perubahan ditawarkan dengan skema warna hitam serba serbi dengan sedikit perincian krom di sana sini.

Pilihan kemasan adalah fabrik atau kulit (mengikut varian), dan terdapat penambahan seperti corong udara belakang, kluster instrumen digital, dan brek parkir elektronik (EPB). 2 ciri terakhir tidak ditawarkan pada model pasaran Malaysia.

Baca: Rebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 07

Selain itu, Toyota Corolla Cross pasaran Jepun dapat dibezakan dengan kehadiran bumbung suria panorama yang agak besar. Ciri ini belum pernah ditawarkan pada mana-mana model Corolla Cross di peringkat global setakat ini.

Namun, beberapa pasaran lain menggunakan bumbung jenis 'moonroof' yang sedikit lebih kecil.

Aksesori - Mengingatkan kepada pendahulu, C-HR?

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 08

Modellista nampaknya langsung tidak membuang masa dengan kit badan khas untuk Toyota Corolla Cross. Malah, penampilan Corolla Cross dengan kit badan Modellista ini seolah-olah berinspirasikan Toyota C-HR.

Bocor: Spesifikasi Toyota Corolla Cross pasaran Jepun ada EPB, 'sunroof' dan rekaan gril berbeza! 09

Berdasarkan gambaran awal, Modellista dijangka akan menawarkan lebih sekadar kit badan untuk Corolla Cross. Adakah ini petanda ke ara komponen prestasi?

Varian dan harga - Bermula dari ~RM 75k, berbaloi tak?

Walaupun perincian prestasi masih belum diumumkan, pembeli di Jepun dapat memilih antara enjin petrol sahaja atau trenkuasa hibrid.

Varian dan anggaran harga adalah seperti berikut:

Toyota Corolla Cross pasaran Jepun
Trenkuasa Varian Harga
Petrol
(2WD)
G JPY 1.99 mil (~RM 75k)
GX JPY 2.24 mil (~RM 85k)
S JPY 2.40 mil (~RM 90k)
Z JPY 2.64 mil (~RM 99k)

Hibrid

G (2WD)

JPY 2.59 mil (~RM 98k)

G (e-Four) JPY 2.79 mil (~RM 105k)
S (2WD)

JPY 2.75 mil (~RM 104k)

S (e-Four) JPY 2.95 mil (~RM 111k)
Z (2WD)

JPY 2.99 mil (~RM 113k)

Z (e-Four) JPY 3.19 mil (~RM 121k)

Malaysia juga tidak terkecuali dengan desas-desus trenkuasa hibrid ini. Sebelum ia tampil secara rasminya di sini, apa kata tonton dahulu rebiu Toyota Corolla Cross yang ada di Malaysia.

Baca: Corolla Cross Hybrid bakal tiba, UMW Toyota labur RM 270 juta untuk produksi hibrid CKD

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda