window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia?

Mersita Β· Feb 21, 2023 10:00 AM

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia? 01

Daihatsu Ayla 2023 baru saja dirasmikan oleh PT Astra Daihatsu Motor (ADM) pada minggu lalu. Walaupun banyak maklumat seperti harga dan barisan varian penuh belum diumumkan lagi, satu dokumen terbocor baru-baru ini menunjukkan yang hatchback kompak ini bakal didatangkan dalam lima varian dan dua jenis transmisi.

Menurut rakan kami di Autofun.co.id, satu senarai oleh NJKB Samsat DKI Jakarta memaparkan lima kod produk Daihatsu dengan awalan A350 dan A351 yang mirip dengan kod Daihatsu Rocky iaitu A250 dan A251. Menurut portal berkenaan, kod-kod produk ini berkemungkinan besar mewakili Ayla generasi terbaru yang akan mula memasuki pasaran tidak lama lagi.

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kod-kod yang dimaksudkan ialah:

  • A350RS-GMREJ1.0M MT
  • A350RS-GMDEJ1.0X MT
  • A350RS-GBDEJ1.0X CVT
  • A351RS-GMNFJ1.2R MT
  • A351RS-GBNFJ1.2 R CVT

Nilai jualan kenderaan bermotor (NJKB) bagi kod-kod ini juga terlihat bermula dari Rp 99 juta - Rp 114 juta.

Ketika pelancarannya, semua sudah sedia maklum bahawa sepupu Perodua Axia ini didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin 3-silinder 1.2 liter NA WA-VE (88 PS/112 Nm) beserta dengan enjin 3-silinder 1.0 liter NA 1KR-VE (68 PS/91 Nm).

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia? 01

Dengan adanya maklumat terbaru ini, kita mungkin boleh jangkakan yang enjin Daihatsu Ayla 2023 varian 1.0X akan dipadankan dengan pilihan kotak gear CVT atau manual (MT), dan varian 1.0M pula dipadankan dengan kotak gear manual. Bagi varian 1.2R pula, ia bakal tiba dengan pilihan kotak gear CVT dan manual.

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia? 02

Buat masa sekarang, Ayla ditawarkan dalam pelbagai jenis varian iaitu 1.0 D MT, 1.0 D+ MT, 1.0 X MT, 1.0 X AT, 1.0 X Deluxe MT, 1.0 X Deluxe AT, 1.2 X MT, 1.2 X AT, 1.2 R MT, 1.2 R AT, 1.2 R Deluxe MT, dan 1.2 R Deluxe AT.

Disebabkan statusnya sebagai Low Cost Green Car (LCGC), harga jualan Ayla generasi baru nanti dijangka tidak jauh bezanya dengan generasi kini disebabkan oleh cukai rendah atau Pajak Penjualan atas Barang Mewah (PPnBM) hanya 3 peratus. Ayla generasi kini dijual dengan harga bermula dari Rp 115.55 juta – Rp 175.3 juta.

BOCOR: Varian Daihatsu Ayla 2023 terdedah, 3 manual dan 2 CVT di Indonesia? 03

Ketahui lebih lanjut tentang pelancaran Daihatsu Ayla 2023 di Indonesia dalam pautan di bawah.

Juga baca: Daihatsu Ayla baharu 2023 dilancarkan - 2 pilihan enjin, penampilan lebih dekat dengan Axia!

Perodua Axia D74A 2023 vs Toyota Agya, Daihatsu Ayla: Adakah Malaysia mendapat ciri & spesifikasi yang terbaik?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda