window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Call' tak masuk, menteri suruh SMS pula - panggilan aduan jalan berlubang terlalu banyak!

Mersita ยท Oct 8, 2021 08:00 PM

'Call' tak masuk, menteri suruh SMS pula - panggilan aduan jalan berlubang terlalu banyak! 01

Nombor telefon yang diberi oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai talian aduan untuk jalan berlubang di sekitar Kuala Lumpur tidak dapat dihubungi, dan kini orang awam disarankan untuk menghantar teks pesanan ringkas (SMS) pula untuk tujuan sama.

Ketika membuat ucapan penggulungan Pelan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat semalam, beliau memberi nombor telefonnya berserta nombor telefon timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar KL, Datuk Seri Mahadi Che Ngah supaya orang ramai boleh membuat aduan secara langsung tentang kondisi jalan raya yang perlu diselenggara. Ternyata, panggilan dibuat rata-rata tidak berjaya.

“Saya terima beratus panggilan berhubung jalan berlubang dan saya tidak sempat mengangkat panggilan satu per satu," katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam ucapan tersebut, Shahidan berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sentiasa memantau keadaan jalan raya terutama sekali di kawasan berhampiran tapak pembinaan, jalan-jalan utama dan kawasan tumpuan utama bagi memastikan ia sentiasa diturap dan dibaiki.

Setelah berbincang dengan DBKL dan berdasarkan arahan terkini, sebarang aduan atau maklumat mesti ditangani segera dalam masa 24 jam.

'Call' tak masuk, menteri suruh SMS pula - panggilan aduan jalan berlubang terlalu banyak! 01

“YB boleh hubungi menteri di 019-4545111. YB boleh hubungi timbalan saya di 019-6524444 atau YB boleh hubungi datuk bandar di 016-2068883.

“Kami bersedia 24 jam. Mereka yang berkunjung ke KL dan terjumpa lubang jalan berbahaya boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam masa 24 jam. Kami nak yang terbaik untuk Malaysia,” kata Shahidan dengan yakin dan berani di Parlimen semalam.

Berita berkait:

Warga emas maut langgar lubang menghala ke Mid Valley. JKR minta maaf lagi?

Cara nak saman pihak berkuasa jika anda kemalangan sebab jalan berlubang

Kita bayar cukai jalan sebenarnya untuk apa? Bukan bagi baiki jalan semata-mata?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda