window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya!

Faisal · Feb 26, 2022 06:00 PM

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 01

Pada zaman sekarang, kenderaan jenis SUV lebih diminati oleh ramai kerana ia cukup bergaya dan lebih praktikal berbanding kereta sedan mahupun hatchback.

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 02

Tetapi tahukah anda bahawa harga tayarnya cukup lain? Kos menggantikan tayar SUV secara amnya sekitar 30 – 50% lagi mahal daripada kereta sedan. Perkara inilah yang sering buatkan pemilik SUV terkejut, terutama bagi mereka yang pertama kali memiliki kereta seperti ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca“Tayar murah” membunuh, mengapa tayar bagus harganya lebih mahal?

Kenapa tayar SUV lagi mahal daripada sedan?

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 01

Honda Civic dan CR-V guna saiz tayar 18 inci, tetapi harga tayar SUV boleh jadi lagi mahal.

Senang cerita, semuanya disebabkan saiz. Secara teknikal, tayar SUV lebih bagak kerana ia perlu membalut rim yang berdiameter besar dan pada masa yang sama, perlu memuatkannya dengan arca roda.

Juga bacaTrend rim besar dan tayar nipis - punca kereta masa kini kurang selesa?

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 02

Struktur tayar SUV juga lebih lasak yang mana ia dikhaskan untuk kegunaan yang lebih menyeluruh. Selain memberi cengkaman yang bagus, tayar SUV juga perlu selesa dan senyap kerana SUV sinonim dengan kereta keluarga.

Juga bacaBridgestone Ecopia H/L 001 adalah tayar paling ideal untuk pemandu SUV yang inginkan ciri serba lengkap!

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 03

Struktur dalaman buat tayar SUV biasanya lebih kukuh untuk menahan impak yang lebih kuat.

Jadi, tidak hairanlah dengan harganya yang lebih mahal.

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 04

Tayar kereta jenis sedan dan hatchback lebih kecil, lebih murah dan lebih banyak pilihan.

Berapa mahalkah tayar SUV berbanding sedan?

Terlebih dahulu, mari kami bandingkan harga tayar sedan mengikut segmen kereta:

Harga tayar sedan 
Model Saiz tayar Julat harga (RM) / biji
Perodua Myvi 1.5 AV 185/55R15 170 - 230
Honda Accord 1.5L TC-P 235/45R18 360 - 440
Mercedes-Benz C200 225/45R18 380 - 640

Di bawah pula adalah harga tayar buat kereta jenis SUV:

Harga tayar SUV
Model  Saiz tayar Julat harga (RM) / biji
Perodua Ativa 205/60R17 440 - 480
Honda CR-V 1.5L TC-P 235/60R18 540  -610
Mercedes-Benz GLC200 255/45R20 880 - 1,280

Secara purata, harga tayar SUV bersaiz besar menyaksikan 40 – 100% lebih mahal berbanding tayar sedan.

Berikut pula adalah antara contoh harga tayar SUV lain yang anda mungkin hendak tahu:

Harga tayar untuk model SUV popular
Model Saiz tayar Julat harga (RM) / biji
Honda HR-V 1.8L RS 225/50R18 290-440
Proton X50 1.5L Premium 215/55R18 290-490
Proton X70 1.5L Premium X 225/55R19 550-950
Subaru XV 2.0i-P 225/60R17 300-550
Subaru Forester 2.0i-S Eyesight 225/55R18 340-540
Toyota Corolla Cross 1.8G 215/60R17 290-420
Toyota RAV4 2.5L 225/60R18 340-520
Hyundai Kona 2.0L Active 235/45R18 250-520
BMW X1 sDrive20i M Sport 225/50R18 280-500
Mercedes-Benz GLA 250 AMG Line 235/50R19 600-900

Julat harga yang dilampirkan adalah berdasarkan tayar dari pengilang serta jenama lain yang mempunyai kualiti yang sama.

Kalau anda perasan, tayar Proton X50 sebenarnya sama mahal dengan tayar BMW X1, walaupun harganya dua kali ganda daripada X50.

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 05

Apapun, terdapat banyak jenama di luar sana yang boleh dipercayai. Cumanya, kalau anda tidak yakin dan tak mahu pening kepala, tukar sahaja dengan jenama atau model yang sama dengan yang asal.

Juga bacaMencari jenama tayar kereta terbaik? Suka tayar kereta yang senyap? Ini cadangan kami

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 06

Bagaimana hendak pelihara jangka hayat tayar kenderaan saya?

Tayar mahal tapi kalau tidak tahan lama pun tiada guna kan? Jadi, cuba amalkan 3 langkah mudah seperti di bawah:

  1. Sentiasa periksa tekanan angin tayar, sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Tekanan angin yang terlalu rendah atau tinggi boleh mengakibatkan kehausan pramatang.
  2. Bawa tayar depan ke belakang dan belakang ke depan serta buat alignment sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya tayar tidak makan di satu tempat sahaja.
  3. Selepas beberapa tahun, periksa dan ganti komponen suspensi kerana ia boleh mengakibatkan putaran tayar yang tidak sekata atau tidak selari.

Boleh cecah 2x ganda, jangan beli kereta jenis SUV sebelum anda tahu harga tayarnya! 07

Apapun, sebelum membeli sesebuah SUV, periksa dulu harga tayarnya supaya anda tidak terkejut dengan kos penukarannya nanti.

Juga baca:

'Balancing’ dan ‘alignment’ tayar - adakah anda betul-betul perlukannya?

Tukar 2 tayar baru depan atau belakang yang lebih baik?

Tayar baru elok pasang di depan atau belakang?

Nak beli tayar keluaran tahun 2019, tetapi ada tarikh luput? Selamat atau bahaya?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda